Looks like Maxis will be first carry iPad instead of Apple premium reseller.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
MAXIS Bhd merancang menjadi syarikat telekomunikasi tempatan pertama membawa masuk iPad, keluaran Apple Inc ke negara ini tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Operasinya, Jean-Pascal van Overbeke berkata, pihaknya kini ‘sibuk’ membangunkan beberapa aplikasi terbaru untuk disesuaikan dengan iPad, iaitu komputer skrin sesentuh berbentuk tablet mudah alih.
“Kami akan memperkenalkannya (iPad) di pasaran Malaysia tidak lama lagi,” katanya ketika ditanya kemungkinan Maxis membawa masuk iPad ke pasaran tempatan selepas kejayaannya menjual rangkaian iPhone di Malaysia yang mendapat sambutan hangat penggemar gajet berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran ONEMusic, aplikasi perkhidmatan muzik terbaru Maxis yang boleh dimuat turun pelanggan Maxis dari pelbagai peralatan elektronik di Petaling Jaya, semalam.
Hadir sama Naib Presiden dan Ketua Produk, Peralatan dan Inovasi Maxis, T Kugan; Pengerusi One Stop Music Sdn Bhd (OSM), Ng Cheong Hock; dan Pengarah Eksekutif OSM, Edwin Tan.
Alat skrin sesentuh berbentuk tablet dikeluarkan pembuat komputer Macintosh, iPod dan iPhone itu kini dipasarkan dengan dua versi.
Versi WiFi iPad, membolehkan pengguna menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video, melayari internet atau membaca buku secara dalam talian, dijual di pasaran AS dengan harga permulaan AS$499 (RM1,656.68) seunit.
Satu lagi model yang menampilkan gabungan aplikasi WiFi dan rangkaian hubungan 3G selular dipasarkan dengan harga AS$829 (RM2,752.28) seunit.
Menurut sumber dalaman Maxis, meskipun harga ditawarkan di AS adalah AS$499 bagi versi asas iPad, harganya dijangka kurang daripada RM2,000 seunit bagi pasaran Malaysia.
*Via Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles...icle/index_htmlApart from this news, i've contacted my friends who work at marketing division in Maxis. He told that they already received email regarding launching iPad to Malaysia. He safely say the device will be coming into our market at least before 2011, probably during 4th quater 2010.
, which translate to 'endless wait' in Malaysia.