Dengar Cerita... Johor Southern Tiger (JST) tengah ''Setup'' dan beli peralatan penyiaran untuk Stesen TV milik JDT iaitu '' JDT TV '' dan berkerjasama dengan Fox Sports...
KUALA LUMPUR : Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDYT) kini dalam proses untuk mengambil alih separuh daripada pemilikan kelab bola sepak Frenz United Football Club (Frenz United). Skuad Harimau Selaran yang mencipta sejarah bola sepak negara dengan menjuarai Juara Piala AFC 2015, berminat untuk memiliki 50 peratus daripada pemilikan kelab profesional itu.
Perkembangan baharu berkenaan diumumkan oleh pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasmi kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.
" Dengan itu, Frenz United akan menjadi sebahagian platform untuk pembangunan dan menyalurkan bakat muda kepada JDT. " Namun begitu, kita hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh demi kemajuan kelab, sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, serta sentiasa merendah diri, ".
Frenz United yang ditubuhkan pada 2012 adalah kelab profesional pertama di negara ini yang memiliki akademi bola sepak profesional.