It also became a temporary tourist spot and traders took advantage of it. It became like a small carnival. There were some claims of people seeing extraterrestrial creatures in the palm oil estate(in that area). There was also claims that people that used binoculars to view the lights claimed to have seen probe lights(and smaller lights) on the object.
Here is an excerpt from a Star journalist that covered this event. Reproduced from this blog:
http://pelik-misteri.blogspot.com/2008/08/...sia-part-1.html
QUOTE
KUALA LUMPUR, Ahad - Jurugambar sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris mendakwa cahaya putih yang dilihatnya di Tanjung Sepat Laut, Sepang, kira-kira dua bulan lalu sebagai objek terbang yang tidak dikenali (UFO). RickyLai, 31, dari akhbar The Star berkata, cahaya itu amat terang dan menakjubkan. "Saya berpeluang mengambil gambar cahaya itu tetapi ia nampak kecil sahaja. Saya tidak dapat melupakan peristiwa itu sepanjang hidup, kalau boleh saya mahu melihat piring terbang dan mahkluk halus dari planet lain," katanya kepada pemberita selepas PersidanganSehari Mengenai UFO di Malaysia, di sini hari ini.
Sambil menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat melihat UFO, Ricky berkata dia ke sana untuk melihat sendiri perkara itu selepas penduduk kampung berkenaan gempar kononnya melihat UFO. "Setelah lama menunggu sepanjangmalam, saya melihat satu pancaran cahaya yang kuat dan begitu rendah sekali dengan bumi. "Cahaya berkenaan kelihatan hingga beberapa kilometer dan ia seakan jatuh ke bumi. Saya terpegun kerana belum pernah melihat pemandangan sedemikian sebelum ini," katanya. Selepas melihat bendaitu, beliau memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan kesan pendaratan tetapi gagal menemui sebarang bukti.
Selepas itu, Ricky, antara 70 peserta persidangan pertama seumpamanya dinegara ini, bersama beberapa rakan lain berkhemah seminggu di tempat yang sama tetapi tidak berpeluang melihatnya buat kali kedua. Seorang lagi peserta, Datin Michou Norazian Mustakim, mendakwa melihat piring terbang di depan rumahnya sewaktu sarapan pagi ketika beliau dan keluarga tinggal di NewZealand, tidak lama dahulu.
"Saya sempat menyaksikan peristiwa menakjubkan itu selama dua minit, selepas itu ia hilang begitu saja," katanya. Menurutnya, beliau takut apabila melihat objek aneh itu tetapi selepas itu seronok kerana berpendapat dia antara segelintir penduduk bumi yang berpeluang melihat UFO. Sementara itu, Pengerusi Persidangan Sehari UFO Malaysia, Steve Foley, berkata sambutan penduduk negara ini, terutama mereka yang pernah melihat UFO, menggalakkan.Menurutnya, persidangan itu adalah permulaan bagi negara ini dalam usaha memberi pemahaman kepada rakyatnya mengenai UFO.

I think the common explanation was that this was simply the light from ongoing construction projects in Sepang. This was a BIG event and was reported in mainstream press. I can't seem to find anything about it on the internet(apart from a couple of blog entries).
I'm quite surprised I have not managed to find any scanned image of the many photo shot of these lights. Yes I tried Googling it and have not managed to find images. If anyone has the paper cutting or a link to an image(or a media written article) please share it here. I'd like to go through the possible explanations for this sighting.
For those that remember this, please share your views about it.
Added on August 28, 2009, 5:55 pmThis was a short write up I found(from a Berita Minggu) by Nurul Adlina Kamaludin. I wouldn't consider her to be a valid source of info since she is part of the Steve Foley group to investigate this case. This write up doesn't offer much explanation on this case:
http://www.geocities.com/muzzafar/01terusmisteri.html
QUOTE
Ini adalah Wawancara Nurul Adlina Kamaludin dengan penyelidik bebas UFO, Steve Foley mengenai dakwaan kemunculan UFO dan makhluk asing di Tanjung Sepat Laut, Sepang, baru-baru ini. (STF) - Kejadian misteri penduduk Tanjung Sepat Laut, Sepang, Selangor yang melihat UFO (objek terbang yang tidak dikenali) serta dakwaan kononnya terserempak dengan makhluk asing berwarna hijau sepanjang Oktober lalu, menimbulkan semula tanda tanya mengenai kewujudan objek asing yang masih belum terjawab sehingga kini. Persoalannya apakah misteri itu benar atau khayalan semata-mata?
Wartawan Berita Minggu, Nurul Adlina Kamaludin menemubual penyelidik bebas UFO, Steve Foley yang juga Pengerusi Persidangan Sehari UFO Malaysia bermula hari ini, sempena pelancaran Pertubuhan Penyelidikan UFO Asia (UFORIA), bagi mendapatkan pandangan beliau. APAKAH sebenarnya UFO? UFO atau objek terbang yang tidak dikenali adalah satu kejadian misteri alam yang masih belum terjawab sehingga kini. Ia berlaku di seluruh dunia dan mereka yang melihatnya mengenal pasti sama ada objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing. Ia terlalu aneh sehingga pakar sains serta penyelidik belum menemui jawapan.
Oleh itu, boleh dikatakan, ada pelbagai takrifan sebenar UFO dan terpulang kepada tafsiran saksi yang melihatnya kerana tiada seorang pun pakar rujuk yang boleh memberi jawapan tepat. Tetapi kita tidak boleh menafikan kewujudannya seperti yang diakui saksi serta rekod yang ada. Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi, malah ini diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.
Apa pandangan anda? Lebih tepat kalau dikatakan begini - mereka yang melihat sesuatu kemalangan itu dianggap saksi, manakala mereka yang melihat UFO dianggap sebagai gila, penipu dan sebagainya. Mengapa ini berlaku sedangkan kedua- dua saksi itu melihat satu kejadian? Ini kerana, kemalangan itu diakui satu kejadian yang benar-benar berlaku, manakala UFO itu satu misteri dan hanya dilihat oleh segelintir orang. Oleh itu, sudah ada persepsi bahawa mereka yang melihat UFO sebenarnya bermimpi.
Amerika Syarikat misalnya boleh mengeluarkan dakwaan itu kerana penyelidikan mereka sudah menemui jalan buntu, ditambah pula dengan pembabitan ejen kerajaan seperti CIA dan FBI yang kalau boleh, akan menutup dan melindungi misteri ini. Bagaimana anda hendak menuduh seseorang itu penipu kalau ada antara individu yang melilhat objek asing itu menunjukkan gambar sebagai bukti mereka? Apakah bukti UFO yang paling nyata pernah dikemukakan oleh individu yang mendakwa melihatnya dan adakah ini diterima sebagai petunjuk kewujudan UFO?
Seperti yang saya katakan, bukti paling nyata adalah gambar. Di Malaysia misalnya, kejadian di Sepang itu turut dirakam oleh wartawan serta jurugambar sebuah akhbar Inggeris tempatan. Malah bukti ini (menunjukkan buku mengenai UFO dengan sekeping gambar UFO di sebalik sebuah pokok di waktu senja) dianggap benar kerana pakar fotografi yang mengkajinya berkata jika itu adalah teknik fotografi semata-mata, ia memerlukan belanja yang amat besar. Bagaimanapun, ada bukti lain misalnya di Sheffield, England dengan tayangan sebuah filem hitam putih di dewan Persatuan Penyelidikan UFO Britain (Bufora) membabitkan pembedahan oleh saintis ke atas makhluk asing yang pesawatnya terhempas di New Mexico pada 1947.
Ini adalah peristiwa terkenal UFO Roswell yang menunjukkan makhluk dalam filem itu memiliki kepala besar tanpa rambut, dengan mata besar seperti cicak pada sebahagian besar muka dan mempunyai enam jari di tangan dan kaki. Walaupun pakar filem mengakui filem itu adalah tulen, seperti yang saya katakan tadi, disebabkan tiada pakar rujuk khas atau tiadanya komitmen daripada kalangan pihak berkuasa untuk mengakui kesahihannya, bukti ini masih menjadi misteri.
Apakah tujuan sebenar diadakan persidangan ini? Tujuan utama adalah untuk mengumpulkan mereka yang pernah menyaksikan sendiri UFO ini di sekitar Malaysia, bertukar-tukar fikiran dan pengalaman mengenai misteri itu serta mengupas mengenai isu UFO itu. Misalnya, antara penceramah utama adalah Ahmad Jamalludin yang membuat kajian sendiri berdasarkan pengalamannya melihat UFO sejak 30 tahun lalu dan pakar video yang akan menerangkan perbezaan di antara gambar tipu serta yang tulen serta pengalaman wartawan dan jurugambar akhbar The Star yang melihat sendiri UFO di Sepang. Kita juga akan menujukkan video serta slaid gambar kejadian misteri UFO.
Mengapa perlu ditubuhkan Pertubuhan Penyelidikan UFO Asia (Uforia) di Malaysia? Saya berpendapat sudah tiba masanya satu pertubuhan khas ditubuhkan bagi menggabungkan mereka yang pernah melihat UFO, ahli persatuan sains terbabit, penyelidik serta pakar dan mungkin juga pegawai Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, bukan saja dari kalangan rakyat ini tetapi juga sekitar Asia. Ini kerana jika di Britain ada Bufora, apa salahnya ditubuhkan satu pertubuhan seumpamanya di sini kerana misteri UFO itu turut berlaku di rantau ini.
Secara langsung, Kuala Lumpur akan dijadikan tempat bagi penyelidik berlainan negara ini bertemu dan berbincang mengenai isu UFO itu. Saya yakin ia akan mendapat sambutan kerana UFO adalah satu fenomena yang mendapat perhatian pelbagai peringkat masyarakat. Misterinya yang belum terjawab sehingga kini adalah satu tarikan tersendiri.

Certainly the skeptic in me question these assertions since they have not tried to apply logical explanations to answer this mystery.
Added on August 28, 2009, 6:00 pmAlso a news write up by Harian Metro that states that flight control stations didn't detect any flying object in that area.
http://www.geocities.com/muzzafar/01radarlagi.html
QUOTE
by Haiziee Mohd Saleh
KLANG: Menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang maklumat daripada radarnya di sekitar ruang udara di negara ini mengenai kehadiran objek bercahaya dipercayai UFO sejak dua minggu lalu. Jurucakapnya berkata, radar tidak menunjukkan sebarang kesan objek terbang di ruang udara negara termasuk sekitar Sepang. "Setakat ini, radar kami tidak menunjukkan sebarang tanda atau mengesan objek terbang didakwa UFO.
"DCA setakat ini hanya mengesan kapal terbang awam yang membuat penerbangan dari beberapa lapangan terbang di sini dan bukannya kapal angkasa atau UFO," katanya kepada Harian Metro, semalam. Menurutnya, beliau juga tidak pernah dimaklumkan mengenai kehadiran objek dipercayai UFO sejak dua minggu lalu. "DCA tidak tahu wujudnya UFO di sekitar Sepang sejak dua minggu lalu. Radar kami hanya menunjukkan perkembangan biasa," jelasnya.
Sementara itu, Jurucakap Kajian Sains Angkasalepas di sini berkata, pihaknya ada menerima maklumat daripada seorang penduduk yang mendakwa melihat objek terbang bersinar di udara dipercayai UFO, semalam. "Berdasarkan maklumat ini objek didakwa berbentuk piring dan mengeluarkan cahaya terang. Ia didakwa dilihat di sekitar Sepang dan Banting. "Bagaimanapun, setakat ini kami tidak mengesan kehadiran sebarang kapal angkasa yang didakwa UFO di ruang udara negara," katanya. Menurutnya, jabatannya juga pernah menerima panggilan mengenai perkara yang sama daripada seorang penduduk di Melaka dua tahun lalu.

From what I remember of this event, it can be argued that the lights really were more static than actually a moving object. I don't think i remember any eyewitness reporting that they saw it move(maybe the lights dimmed at times, until they just vanished).
This post has been edited by frags: Aug 28 2009, 06:35 PM
Aug 28 2009, 05:49 PM, updated 16y ago
Quote

0.0207sec
0.32
5 queries
GZIP Disabled