Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir berkata, Malaysia mempunyai pasaran terbuka dan menawarkan persaingan yang sengit untuk semua pengeluar kenderaan sama ada tempatan atau antarabangsa.
Beliau berkata, pihaknya tidak berasa bimbang mengenai persaingan yang wujud berikutan setiap pengeluar kenderaan di negara ini mempunyai pasaran khusus masing-masing.
"Selain Perodua, kami turut bersaing dengan syarikat pengeluar kenderaan antarabangsa yang lain dan ia tidak perlu dibimbangkan.
"Kami boleh merancang dan persaingan berkenaan akan memberi rangsangan dan galakkan kepada satu sama lain," katanya.
Buat masa ini, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya hanya memberi fokus kepada pengeluaran Proton Exora yang menerima tempahan yang menggalakkan setakat ini.
Jelasnya, Proton bukan sekadar mengeluarkan kereta berdasarkan pasaran domestik semata-mata sebaliknya pasaran di luar negara.
"Kalau kita keluarkan pasaran domestik sahaja, ia akan memberi nahas kepada kami dalam industri.
"Sebagai salah satu langkah perkembangan perniagaan, Julai ini kita akan lancarkan Proton Exora di Thailand dan negara-negara Asia Barat," katanya.
Ketika ditanya mengenai enjin turbo yang akan diperkenalkan dalam kenderaan Proton Exora, Syed Zainal Abidin memberitahu, ia akan dilakukan pada tahun depan.
Beliau memberitahu, tidak dinafikan bahawa enjin turbo adalah sebahagian daripada pembangunan teknologi enjin Proton.
"Kami mengeluarkan enjin turbo untuk Proton Exora bagi pasaran khusus dan menyasarkan pasaran global. Ini bererti, kalau ada golongan yang memerlukan kenderaan yang berkuasa, turbo adalah penyelesaiannya," ujarnya.
Syed Zainal Abidin memberitahu, Proton akan mengeluarkan kenderaan penumpang hasil kerjasama Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) berkeupayaan 1.6 liter pada suku kedua tahun depan.
Katanya, kerjasama dengan Mitsubishi adalah dalam bentuk komponen kenderaan.
"Kita mementingkan produk yang memenuhi cita rasa rakyat," ujarnya.[/QUOTE]
from today's Utusan.
Wow.. got turbo version of Proton exora.. wonder what figure of torque and BHP it will produce..
May 27 2009, 07:29 AM, updated 17y ago
Quote
0.0201sec
0.46
5 queries
GZIP Disabled