Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Mencari editor/penulis blog gaming sukarela, Gaming Blog

views
     
TSDominiqueX
post Mar 21 2009, 09:10 PM, updated 17y ago

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


Salam...

Sebenarnya, antara hobi aku adalah bermain permainan game. Tetapi, bila aku surf laman web yang ada, semuanya berada dalam Bahasa Inggeris. Jarang ada laman web gaming yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Kadang² tu, frust gak la bila tak dapat apa yang aku cari. Laman web dalam Bahasa Inggeris, bukannya tak bagus, tapi terasa macam gaming scene kat Malaysia ni tak meriah pulak.

Terasa canggung la pulak dengan ledakan teknologi yang sedang berlaku dan Bahasa Malaysia macam terpinggir dalam arena ni. So, aku nak mengambil inisiatif ni dengan mewujudkan blog dalam Bahasa Malaysia. Aku tau, bukan aku sorang saja yang mengalami masalah yang sama. Ramai lagi yang ada kat luar tu menginginkan benda yang sama; Laman web/blog tentang game/permainan video dalam Bahasa Malaysia 24/7.

Jadi aku telah membuat satu blog gaming berBahasa Malaysia untuk tujuan ini. Korang boleh capai/akses blog ni di alamat berikut: http://gamersemalaya.blogspot.com. Tetapi, 2 hari yang lepas, aku telah membeli domain ini dan sekarang korang boleh akses blog ini di alamat baru iaitu http://www.gamersemalaya.com

Oleh kerana terlalu banyak berita² terbaru dalam industri game ni setiap hari, aku tak cukup tangan nak menulis setiap post untuk setiap berita gaming yang terbaru, samada PlayStation, XBox 360, Wii dan sebagainya... Jadi, oleh kerana itu, aku telah mengambil keputusan untuk membuka penyertaan kepada semua gamer² SeMalaya untuk bersama² dengan aku untuk merialisasikan anganan kosong ini menjadi kenyataan. Aku menjemput korang semua untuk menjadi editor/penulis di dalam blog ini, untuk faedah gamer² di Malaysia...

Tentang projek "Gamer SeMalaya"...

Sebenarnya, blog tu dibuat adalah untuk info semua jenis game. Tak kira lah PS3, XBox 360, Wii, PC atau mana² konsol lain yang ada kat pasaran. Untuk entry yang ada sekarang ni, kebanyakannya adalah konsol daripada Sony; PS3, PSP dan PS2, dan jugak Sony konsol related macam PSN dan Blu-Ray. Sebab, kebanyakan berita yang aku cari dan baca, kebanyakannya adalah dari konsol tersebut dan kemudian aku share dalam blog. Itulah konsol yang aku arif setakat ni.

Sebab tulah aku memerlukan dan mencari penulis² blog sukarela (dari kalangan gamer, tak kira Melayu, Cina, India etc.) yang boleh tulis tentang konsol lain. Tentang berita terbaru, review, preview atau apa sahaja tentang konsol selain dari PlayStation related. Nak aku tulis semua, tak cukup tangan la.

Aku mewujudkan blog itu adalah disebabkan:

- kurangnya blog/website tentang gaming dalam Bahasa Malaysia (Ni adalah sebab yang paling utama)
- memberi informasi dan berita terbaru tentang gaming kepada targated reader iaitu gamer Malaysian
- memberi tips² kepada pembaca tentang game terbaru untuk Malaysian yang mencari game terbaru, tetapi kurang arif dalam English
- mengeratkan silaturahim antara gamer, dengan cara bekerjasama antara gamer dengan berkongsi berita gaming terbaru dan...
- the list go on... korang boleh isi sendiri

Tentang penulisan dan editor/penulis...

Antara site yang menjadi rujukan aku sekarang untuk berita² gaming terbaru di Gamer SeMalaya adalah:

- Joystiq
- QJ
- PlayStation blog
- N4G

Entry² yang aku buat selalunya adalah berita yang menarik perhatian aku, aku translate dan aku postkan kat blog ni untuk tujuan pengetahuan gamer lain yang mungkin belum tahu. Tak kisah la kalau korang cakap aku cedok bulat² berita gaming tu. Sekurang² ada berita yang nak disampaikan.

Sebab itulah aku memerlukan penulis² sukarela untuk translate memana berita gaming terbaru untuk kita share kepada pembaca yang sememangnya terdiri dari kalangan gamer. Kalau korang nak tulis sendiri review, preview atau sebagainya hasil dari pengalaman korang bermain game² tertentu dan tulisan korang sendiri, lagi bagus.

Sebab tu la aku tak limitkan cara penulisan korang. Asalkan ianya dalam Bahasa Malaysia (tak kira rojak atau dialek), asalkan korang selesa dengan penulisan korang... dan pembaca relaks membaca. Bubuh humor dalam post korang pun tak per. Yang terbaru, aku tak kisah kalau korang guna percakapan Bahasa Malaysia gaya kaum² tertentu (contoh, "Itu game manyak best wooo. Wa talak bohong punya. You try dulu balu you tau...") Kitakan bangsa Malaysia, walau dengan cara apa pun kita bercakap dalam Bahasa Malaysia, masyarakat lain tetap akan faham!

Jadik, boleh dikatakan blog Gamer SeMalaya itu adalah wadah untuk berita² gaming terkini dalam Bahasa Malaysia. Tidak limit untuk satu² konsol sahaja. Semua sekali.

Jadi, marilah bersama kita bekerjasama menulis blog gaming ni untuk memajukan industri game di dalam Malaysia. Daripada gamer untuk gamer di Gamer SeMalaya!

Cara nak join...

Korang boleh e-mel aku di maznizan_marzuki@hotmail.com, dan aku akan hantarkan e-mel beserta invitation untuk menjadi editor/penulis sukarela di dalam blog ini. Di dalam e-mel tu nanti, aku akan terangkan apa yang perlu korang buat. Tak pun letak jer emel korang kat sini dan nyatakan korang berminat.

Selamat berblogging!

-Ijann a.k.a. DominiqueX-

Update:

Sehingga waktu aku nak klik post pada button "Post New Topic", sudah 8 gamer yang bersetuju untuk menjadi editor/penulis sukarela blog GamerSeMalaya, dan 2 lagi masih lagi menunggu invitation diterima. Mereka adalah:

- Sub_Zero
- Ninja
- Azim
- Mrfanatic
- PapaLicious
- Uruz 07
- Manot
- Nizam_5282
- RevolutionWork (menunggu invitation diterima)
- k4in (menunggu invitation diterima)

Jangan ketinggalan untuk menjadi team penulis Gamer SeMalaya sebelum terlambat! (happy.gif)/

p/s: 50 orang pertama yang menjadi editor/penulis sukarela, akan mendapat e-mel Gamer SeMalaya. Hehehehe...
TSDominiqueX
post Mar 21 2009, 10:13 PM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


Hahahaha... Aku tengok pun sama! tongue.gif
TSDominiqueX
post Mar 21 2009, 10:31 PM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


cwl_ykh
Ko boleh carik berita gaming terbaru (ikut konsol mana ko nak) kat Joystiq, atau QJ... atau memana gaming site la, yang ko rasa best, ko translate, dan ko post. Sedut la gambar sekali.

syafix
Slamat membaca... (^ _ ^)

GamersFamilia
Nak tunggu keluaran game kat majalah, dah basi dah... So, dengan Gamer SeMalaya, mungkin boleh dapat info gaming terbaru dengan cepat 24/7.

Kalau berminat, bagi la alamat emel kat aku dan join team Gamer SeMalaya!

This post has been edited by DominiqueX: Mar 21 2009, 10:32 PM
TSDominiqueX
post Mar 22 2009, 01:48 AM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


Exon
Thank you! Selamat membaca Gamer SeMalaya

ajis
Memang betul cakap ko. Aku tak nafikan. 100% betul. Blog Gamer SeMalaya memang mencari penulis² gaming dalam Bahasa Malaysia secara sukarela. Tiada langsung paksaan. Tapi aku tak cakap selamanya. InsyaAllah! Mungkin kalau ada rezeki, dan ada penulis² tetap yang berdedikasi dalam Gamer SeMalaya, mereka tak akan lagi menjadi penulis sukarela... Manalah tau! Pucuk pangkalnya, mereka (penulis²) nak tengok gaming scene di Malaysia meriah! Sama macam aku! Your point is noted! Thanks... (^ _ ^)
TSDominiqueX
post Mar 23 2009, 12:37 AM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


uchiha_sauffie
Hehehehe... Lama tu, dari darjah dua!

colt_508
Tak tau nak tulis apa, jadik la copy writer, baca, translate, post... Hehehehe...

wetfusion
Custom moded console? Nanti kalau ada, aku masukkan...

kenshee
Slamat membaca...

GamersFamilia
Hehehehe... InsyaAllah. Kalu ada aku masukkan!

Kyoyagami
Boleh! Tadak hal! Kalau nak join nanti, bagik aku emel ko!

dethkult
Dah! Aku dah antar invitation ngan emel kat ko. Dah start boleh blogginng! Selamat menulis!

msn83235502
Betol-betol-betol... Hehehehehe...

kae7
Ada... Boleh komen bebanyak!!!

This post has been edited by DominiqueX: Mar 23 2009, 12:38 AM
TSDominiqueX
post Mar 23 2009, 06:40 PM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


Salam...

Viledante

Boleh ajer! Bagik jer emel. Memang memerlukan...

GamersFamilia
http://www.gamersemalaya.com Hehehehehe...

TSDominiqueX
post Mar 24 2009, 06:26 PM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: Sep 2005


viledante
InsyaAllah. Take thing step by step...

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0174sec    1.19    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 03:32 PM