superb.. 2nd screenie, is it track from malaysia? the scenery..
BAGI tujuan memperkukuh komitmennya membangunkan tunas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), bioteknologi dan sektor berdaya maju lain, Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), baru-baru ini menandatangani perjanjian bersama Codemasters Studios Sdn. Bhd.
Ia bertujuan membangunkan Colin McRae: DiRT 2 (DiRT 2), sebagai lanjutan daripada permainan DiRT yang telah terjual sebanyak 1.3 juta unit di seluruh dunia.
Dana kedua sebanyak RM36 juta daripada MDV itu adalah bagi tempoh 16 bulan dan akan digunakan untuk pembangunan DiRT 2.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Permainan DiRT2 akan menampilkan pelbagai variasi gaya perlumbaan rali dan mendedahkan para pemain kepada kaedah pemanduan rali agresif secara berkumpulan ataupun solo dengan persekitaran yang mencabar seperti kanyon, trek hutan dan juga stadium dalam bandar.
Sementara DiRT menampilkan pelbagai variasi gaya perlumbaan dan lokasi perlumbaan pemotoran yang sebenar di serata dunia, DiRT 2 pula akan memberikan pemain pilihan perlumbaan kontemporari off-road melalui penerapan acara perlumbaan dunia sebenar yang meluas dan mencabar.
Garaj DiRT 2 menempatkan koleksi kereta rali rasmi yang terbaik dalam kelasnya dan juga variasi kenderaan off-road yang mampu memberikan perlumbaan yang agresif dan pantas.
Tambahan pula, DiRT 2 berbeza berbanding permainan lumba kereta biasa, kerana ia dijana oleh kuasa generasi ketiga Enjin EGO yang telah memenangi pelbagai anugerah teknologi permainan.
DiRT 2 turut menawarkan tahap pandangan visual sebenar yang dipertingkatkan dan lebih maju yang menjadikannya dua kali ganda lebih terperinci berbanding paparan Racedriver GRID.
Usahasama yang pertama merupakan dana berjumlah RM44 juta bagi membangunkan permainan komputer buatan Malaysia yang pertama bertajuk GRID yang telah dilancarkan tahun lepas.
GRID merupakan permainan konsol generasi baru dan bertaraf tiga-A yang pertama dihasilkan di Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV. Md, Zubir Ansori Yahaya berkata, usaha sama dengan Codemasters Studios merupakan satu lagi perkembangan dalam usaha MDV memupuk dan membangun bakat tempatan.
Beliau berkata, sebagai pembiaya dan penggerak pembangunan ICT, bioteknologi dan sektor berdaya maju lain, MDV berbangga kerana dapat membiayai dan menjadi penyumbang aktif kepada kemajuan Codemasters Studios.
''Kami berhasrat bukan sahaja melibatkan pembangunan industri ini, tetapi juga turut membangunkan pasaran tempatan dari segi meningkatkan peluang pekerjaan, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa,'' katanya.
Pada majlis tersebut, Md. Zubir Ansori mewakili syarikatnya, manakala Codemasters Studios diwakili Pengurus Besarnya, Maxime Villandre.
Sementara itu, Villandre berkata, pertambahan pesat bilangan pekerja dari hanya seramai 30 orang pada tahun 2006 kepada 76 orang pada hari ini, memberi perangsang kepada mereka untuk menambah jumlah tenaga kerja kepada 100 orang dalam tempoh 12 bulan yang akan datang.
''DiRT 2 merupakan salah satu projek terbesar kami selepas kejayaan GRID, yang merupakan permainan komputer rekaan tempatan yang pertama di Malaysia,"
Menurutnya, pemindahan pengetahuan dan teknologi telah berjaya membangunkan bakat tempatan melalui penguasaan kepakaran yang dahulunya hanya dalam bidang animasi.
Namun kini, syarikatnya kini berjaya mengembangkan kepakarannya meliputi bidang pengaturcaraan, yang merupakan teknik pembangunan permainan yang lebih maju.
Codemasters Studios Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2006, bagi memenuhi permintaan industri permainan komputer yang kian berkembang.