Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Very simple letter

views
     
teamka42
post Feb 21 2009, 09:00 PM

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: Oct 2007
From: Nilai


here is a direct translation from english to malay done by myself.. some words cannot be translated directly so there might be errors or "ayat x cun" during translation. if theres any, hope that someone can correct them.. sweat.gif


Kepada Yang Berkenaan,
Kami sebagai pengguna Streamyx broadband di Malaysia ingin membuat aduan mengenai ketidakpuasan kami dengan servis yang telah diberikan oleh TM. Servis yang diberikan tidak memuaskan walaupun kami membayar bil bulanan kami pada masa selama bertahun-tahun.

Semasa kami mendaftar untuk Streamyx, adalah difahamkan bahawa Streamyx akan memberikan servis broadband yang berkualiti. Walaubagaimanapun, setelah kami menjelaskan bil-bil kami, ‘kualiti servis’ (QoS) daripada Streamyx kini telah mencapai ketahap yang amat teruk sekali.

Kebelakangan ini, Streamyx yang kami bayar dengan hasil titik peluh kami tidak memberikan servis yang baik.

Sebagai contoh: pengguna yang mendaftar untuk kelajuan 2Mbps (Megabits per saat) hanya mampu mencapai kelajuan 5kbps (kilobit per saat) apabila mengakses website luar (luar negara)

Dan kini masalah ini berlanjutan ke seluruh negara.
Dari JB ke KL, Kuantan ke Penang, pengguna Streamyx mengalami gangguan ini.

Yang Berkenaan, kami membayar bil kami menggunakan wang yang kami peroleh dengan susah payah tetapi Streamyx/TM telah menipu kami dengan TIDAK memberikan servis broadband yang telah mereka janjikan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami menuntut hak kami dan meminta perubahan dilakukan segera!

Samaada Streamyx meningkatkan kualiti broadband mereka atau kerajaan Malaysia membuka ruang kepada ISP (Internet Service Provider) lain dalam Sistem Telefon untuk semua rakyat Malaysia.

Dengan ini, kami menandatangani petisyen ini sebagai tanda protes!



 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0159sec    0.33    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 7th December 2025 - 10:27 PM