Stock to watchout for this mth Najib takeover PM post.
Go for those stock which have good fundamentals and future prospects.
As usual do own homework analysis and set Cut Lost if things goes bad...recession time.. play defensive.
http://www.anwaribrahimclub.com/2008/12/le...ekonomi-negara/
==============================================================
Nazir Abdul Razak CIMB
Nazir Abdul Razak merupakan Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada Kumpulan Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB), institusi perkhidmatan kedua terbesar di Malaysia. Nazir menyertai Jabatan Penasihat Korporat CIMB pada 1989, dan memegang pelbagai kedudukan dalam kumpulan tersebut sebelum dijadikan Ketua Eksekutif pada 1999. Di bawah skim CEO, Nazir diberi 42 juta saham CIMB, bersamaan lima peratus dari jumlah keseluruhan modal berbayar.
Aset CIMB bernilai RM155 bilion, dengan market capitalisation meningkat kepada RM33 bilion dibelakang Public Bank dan Maybank.
Ahmad Johari Abdul Razak
Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Ancom Berhad yang meliputi pelbagai sektor seperti kimia pertanian &industri, minyak & gas, kejuruteraan, perkapalan, polimer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Peguam berumur 52 tahun ini juga memegang jawatan Pengerusi di Courts Mammoth Bhd dan Daiman Development Bhd, Timbalan Pengerusi di Nylex (Malaysia) Bhd, dan Pengarah Hong Leong Industries Bhd, Daiman Golf Bhd dan Deutsche Bank (Malaysia) Bhd.
Ahmad Johari Abdul Razak juga menerima 7.2 juta saham pemilikan bumiputera dari Kementerian Kewangan menerusi Tekala Corporation Bhd.
Mohamed Nizam Abdul Razak
Mohamed Nizam Abdul Razak berkhidmat di Lembaga Pengarah di Kumpulan Kamdar (M) Bhd, Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, Synergy Track Bhd, Kumpulan Winitex Holdings Bhd, Kumpulan Wah Seong Corporation Bhd serta beberapa lagi syarikat swasta.
Beliau juga pemegang amanah di Yayasan Noah, Yayasan Dana PendidikanTan Sri Khalil, Yayasan Rahah dan Yayasan Hong Leong, serta Board of Governors di Nilai College.
Mohamed Nazim Abdul Razak
Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF) ini juga merupakan salah seorang dari pengarah di OYL Industries Bhd dan terkenal sebagai pengarah yang paling maha! dibayar di Malaysia - sekitar RM2,250,001 hingga RM2,300,000.
Arkitek berumur 44 tahun ini juga merupakan Pengarah di HLG Capital Bhd, HL Berhad dan ING.
Selain itu, Nazim juga dilantik ke Lembaga Pengarah HLIB, dan merupakan Pengarah Urusan Nr -Associates Sdn Bhd dan Pengerusi Bandar Tasik Semenyih Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju yang terkenal di Lembah Klang.
Kenneth Eswaran, (kawan baik Najib)
Meskipun beliau merupakan orang baru dalam arena korporat, Kenneth Eswaran seorang yang berpengaruh di Institut Strategi & Kepimpinan Asia (Asli) dan Institut Kajian Strategik & Antarabangsa (Isis).
Presiden Malaysian Associated Indian Chamer of Commerce & Industry (MAICCI) ini juga memiliki Benta Plantations Bhd melalui apa yang disebutkan sebagai reverse-takeover, dengan membeli 31 peratus saham syarikat ini dan 28.1 peratus dari Mun Loong Bhd.
Benta Plantations Bhd kemudian¬nya menukar nama kepada Best World Land Bhd dan pada 1994, Eswaran dilaporkan berminat mendapatkan konsesi balak seluas 250,000 hektar di Selatan Laos selama tempoh enam hingga tujuh tahun. Nilai pelaburan dalam konses ini mencecah RM60 juta, dan Eswaran juga diiaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat baru bagi tujuan tersebut, dengan Best World Land dan Mun Loong masing-masing melabur 55 peratus dan 45 peratus dalam syarikat baru itu.
Pada 1995, Best World menjual ekuitinya di Mun Loong Bhd, dan tidak diketahui samada Kenneth berjaya dalam konsesi Laos itu.
Kenneth Eswaran disiasat atas tuduhan manipulasi saham dan insider trading di Best World Construction Group. Kenneth merupakan pemegang saham di Best World Gaming & Entertainment Corp, dan turut disiasat adalah pemegang saham terbesar syarikat itu Jose Victor JV” Ejercito, anak kepada bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, Pengarah BestWorio Francis Ablan.
===================================================
This post has been edited by viper88: Mar 14 2009, 01:56 PM
Stock market V21, Huge Stimulus Age
Mar 14 2009, 12:44 PM
Quote
0.0616sec
0.43
7 queries
GZIP Disabled