Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
Local Clubs KELANTAN FA, Farhan,Azizi,Indra to TTeam?
|
ise
|
Nov 18 2008, 06:58 AM
|
Getting Started

|
Pemain bintang bukan ancaman utama
PEMAIN tengah Kelantan, Khairan Eroza Razali tidak menganggap kehadiran ramai pemain bintang dalam skuad Kijang musim depan sebagai ancaman terhadap kedudukannya.
Sebaliknya, dia melihat ia sebagai kekuatan sekali gus menjadi pembakar semangat untuknya dan rakan-rakan lain merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Malahan katanya, kehadiran mereka akan membuka peluang perebutan posisi secara lebih positif sekali gus mampu mempertingkatkan prestasi setiap pemain.
"Saya tidak fikirkan sangat soal kedudukan saya sebagai bekas ketua pasukan musim lalu, apa yang penting saya mesti memperlihatkan kebolehan untuk merebut salah satu tempat dalam kesebelasan utama," katanya semalam.
Selain Khairan, posisi tengah kini menjadi rebutan antara Mohd. Nafuzi Zain, Wan Zaman Wan Mustapaha, Badri Radzi, Indra Putra Mahyuddin dan sudah pasti Nor Farhan Mohamad.
Musim lalu, Khairan sering berpasangan dengan Badri Radzi untuk menggerakkan posisi tengah Kelantan selain ada kalanya bertindak sebagai ketua pasukan.
Mengenai pasukan Kelantan yang kini dibarisi ramai pemain bintang, Khairan berkata kehadiran mereka menyuntik semangat baru kepada pemain sedia ada untuk memperlihatkan kebolehan masing-masing.
Katanya, situasi ini akan membawa keuntungan kepada pasukan Kelantan secara keseluruhan dalam usaha membentuk sebuah pasukan mantap dan bertenaga seperti mana yang diimpikan penyokong tempatan.
"Saya harap Kelantan akan mampu pergi lebih jauh musim depan dengan kesungguhan pemain dan juga komitmen pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)," ujarnya.
|
|
|
|
|
|
ise
|
Jan 26 2009, 04:26 PM
|
Getting Started

|
I heard rumors that game vs Johor will be LIVE at tv1, is it true?
|
|
|
|
|
|
ise
|
Feb 7 2009, 02:20 AM
|
Getting Started

|
Hi..
So we play Perak this Tuesday, Hopefully we can win. Perak used the young players but we must not over confident because Johor already teach us very good lesson.
Good luck red warriors
|
|
|
|
|
|
ise
|
Mar 19 2009, 07:26 PM
|
Getting Started

|
Kelantan lega kehadiran Farisham
Oleh KHAIRI MOHAMAD mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
SKUAD Kelantan mampu menarik nafas lega apabila tonggak pertahanan mereka, Farisham Ismail pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Dia disahkan cergas untuk kembali beraksi.
Pertembungan menentang Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, Sabtu ini bakal menampilkan aksi pertamanya selepas hampir tiga bulan berehat.
Menurutnya, beliau terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika latihan sebelum menentang Johor dalam saingan Piala FA, Januari lalu.
"Saya hanya sempat beraksi dalam tiga perlawanan untuk musim 2009 dan terpaksa melihat aksi rakan-rakan dari luar padang selepas mengalami kecederaan.
"Kini saya disahkan cergas dan tidak sabar untuk kembali beraksi dan berharap akan disenaraikan dalam pertemuan menentang Pulau Pinang Sabtu ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beliau sudah menjalani latihan seperti biasa dan sudah tidak sabar untuk turun beraksi membantu benteng Kelantan yang dilihat agak longgar.
"Saya mungkin akan digandingkan bersama Rizal (Fahmi Rosid) sebagai bek tengah selepas kehadiran Daudsu (Jamaluddin) yang mengambil posisi lama di bahagian pertahanan kanan.
"Pertahanan tengah memang posisi saya sejak dulu dan tahun lepas saya terpaksa bermain sebagai bek kanan," ujarnya.
Jelasnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan bersama Rizal Fahmi kerana pernah bermain bersama sejak mewakili Kelantan dalam pasukan Piala Presiden.
Sementara itu, ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi berkata, kehadiran Farisham mampu mengubah persembahan Sang Kijang dan khidmatnya amat diperlukan.
Jelasnya, Kelantan kehilangan khidmat Ahmad Azlan Zainal yang masih menjalani hukuman penggantungan akibat dilayangkan kad merah dan Farisham dilihat mampu mengisi kekosongan tersebut.
"Dia (Farisham) mempunyai kepantasan yang sungguh menakjubkan dan pasukan amat bergantung harap kepadanya untuk membentuk benteng yang kukuh bersama Rizal.
"Kita sedang berusaha untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan yang dilihat agak longgar dan pemain lain juga dilihat sudah bersedia beraksi selepas diberikan cuti yang agak panjang," ujarnya
|
|
|
|
|
|
ise
|
Apr 24 2009, 04:32 PM
|
Getting Started

|
Nk tgk lautan meroh di bukit jalil
|
|
|
|
|
|
ise
|
Aug 18 2009, 03:42 PM
|
Getting Started

|
Kelantan, Kedah diundi satu kumpulan
Kelana Jaya – Undian TM Piala Malaysia 2009 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya tengahari tadi menyaksikan juara Piala Malaysia musim lalu,Kedah diundi bersama pasukan Kelantan, Pulau Pinang dan ATM dalam kumpulan E.
Format pertandingan TM Piala Malaysia musim ini menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan perubahan dengan menampilkan lima kumpulan dengan disertai 20 pasukan negeri dan juga kelab.
Kesemua 14 pasukan yang beraksi dalam Liga Super musim ini layak bermain manakala penyertaan enam pasukan daripada Liga Perdana pula melibatkan pasukan negeri seperti Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Sabah , ATM dan Sarawak.
Naib johan Liga Super musim ini, Perlis bakal bersaing bersama Kuala Lumpur Plus FC, Pahang dan Melaka dalam kumpulan A.
Kumpulan B pula menyaksikan pertembungan empat pasukan negeri yang disifatkan sengit – Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan juga pendatang baru Liga Super musim hadapan iaitu Johor.
Manakala kumpulan C menyaksikan pasukan kelab selatan tanahair, Johor FC bakal berentap bersama Perak, Perak UPB/MyTeam dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, pasukan Red Giants di jangka tidak menghadapi laluan sukar peringkat kumpulan D apabila diundi bersama pasukan Sabah, PDRM dan Kedah Kuala Muda NAZA.
Berikut adalah senarai pasukan yang akan bertanding dalam kempen Piala Malaysia yang dijadualkan pada 26hb September 2009.
Peringkat Kumpulan
Pusingan Pertama - 26/9, 29/9 dan 3/10
Pusingan Kedua - 6/10, 10/10 dan 13/10
Peringkat Suku Akhir - 20/10 dan 24/10
Peringkat Separuh Akhir - 27/10 dan 31/10
Perlawanan Akhir Piala Malaysia - 21/11/2009
Kumpulan A
1. Perlis
2. Kuala Lumpur Plus FC
3. Pahang
4. Melaka
Kumpulan B
1. Terengganu
2. Negeri Sembilan
3. Johor
4. Sarawak
Kumpulan C
1. Johor FC
2. Perak
3. Perak UPB Myteam
4. Kuala Lumpur
Kumpulan D
1. Selangor
2. Kedah Kuala Muda NAZA
3. PDRM
4. Sabah
Kumpulan E
1. Kedah
2. Kelantan
3. Pulau Pinang
4. ATM
|
|
|
|
|
|
ise
|
Nov 2 2009, 05:52 PM
|
Getting Started

|
Frust kawe tokleh gi Bukit Jalil sebab company kawe hantar kawe gi singapore. Harak2 team kito berjaya sabtu ni. Kawe doakan Kelantan mene.
|
|
|
|
|
|
ise
|
Jan 26 2010, 01:11 AM
|
Getting Started

|
Harap mene pulok esok. Perok pemain muda, tokkey tokleh make, heheh. Gomo Kelate gomo
|
|
|
|
|
|
ise
|
Aug 10 2010, 07:27 AM
|
Getting Started

|
Jupo Selangor gak, boleh doh ucap selamat tinggal Piala Malaysia. Huhu..
|
|
|
|
|
|
ise
|
Aug 28 2010, 03:57 AM
|
Getting Started

|
Thanks Gry for the info. Really happy to see REMATCH Malaysia Cup Final LIVE.
|
|
|
|
|
|
ise
|
Nov 30 2010, 05:53 PM
|
Getting Started

|
Napok Khalid Jamlus duk training pagi tadi di stadium..join kelate ko?
|
|
|
|
|