Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana Program Konvoi Ke SC Kuantan semalam dapat dijayakan dengan sepenuhnya. Terima kasih sye ucapkan kepada kekawan yang dapat meluangkan masa untuk sesama kita memeriahkan program ini. Korang memang sporting la Bro…
Jutaan terima kasih kepada SC KUANTAN yang sudi menerima kehadiran kami warga CEC untuk program khas ini bagi melakukan servis dan step down setting untuk 25 buah Eastar. Layanan SC KUANTAN memang first class….satu kenangan yang sangat manis…Tambahan menu makanan yang sangat sedap sekali untuk kami semua…TQ very much…Kerjasama erat antara pihak SC Kuantan dan ahli CEC harap dapat dikekalkan pada masa2 yang akan datang…Lain kali kita boleh berkerjasama untuk membuat promosi bagi menaikkan nama Eastar di seluruh negara.
Kepada ahli CEC dari Kuantan, komitmen anda memang dihargai…Caya la bro2 semua…Korang memang best la…Macam satu keluarga CEC yang besar….Harap di masa akan datang kita dapat berkumpul dengan ahli yang lebih ramai…Insya Allah…
Ribuan terima kasih untuk Abe Wan(Mr Mama), yang bersusah payah untuk menguruskan semua kemudahan untuk program konvoi kita ini..Hanya Allah yang dapat membalas jasa mu itu.Terima kasih bebanyak Abe Wan(Mr Mama)……….
So kepada yang tidak dapat menyertai program semalam, jangan bimbang, kami akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk semua ahli CEC dan pemilik Eastar….Untuk aktiviti selanjutnya, jengok2 la forum CEC ni selalu…
Sekian terima kasih dari saya….You are the best Brooooo!!!
Untuk melihat foto yang diambil sila layari :
http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...-oct-09-t53.htm
Added on October 6, 2009, 12:33 pmAssalamualaikum w.b.t,
Untuk makluman semua ahli CEC dan pemilik Eastar, kami pihak warga kerja CEC akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka AIDILFITRI CEC pada tarikh dan masa seperti berikut :
Tempat : Dewan Serbaguna,
Kondominium Desaminium Rimba,
Seri Kembangan, Selangor
Tarikh n Hari : 18 Oktober 2009, Ahad
Masa : 12.00 tengahari - 3.00 petang
Menu : Satay, Nasi Himpit dan kuah kacang, Lemang dan Rendang,
Nasi Putih, Asam Pedas, Sayur Campur, Telur Dadar,
Buah Tembikar n Oren
Air Sirap dan Teh Panas
Pakaian Lelaki : Baju Melayu dan Sampin
Pakaian Perempuan : Baju Kurung, Baju Kebarong, Baju Kebaya
Oleh kerana kelab kita belum lagi mempunyai dana kewangan, kami telah menetapkan agar setiap buah Eastar dikenakan bayaran sebanyak RM50 bagi menampung kos majlis tersebut. Bayaran boleh disalurkan terus ke akaun saya sebagai pemegang amanah. No Akaun 162254703049 (Maybank) - Hassan Adli Othman. Sila sms nama dan nombor rujukan slip setelah membuat pembayaran.
Tarikh tutup untuk pembayaran dan penyertaan majlis tersebut pada 15 Oktober 2009, Khamis.
Selain daripada itu, pihak kami juga akan berusaha untuk mendapatkan tajaan dan sumbangan daripada Ibu Pejabat Chery Alado dan juga dealer-dealer Chery yang berhampiran bagi mengurangkan lagi kos perbelanjaan.
Pihak kami juga telah menjemput pihak akhbar tempatan untuk membuat liputan di dalam majlis tersebut. Antara pihak akhbar yang sudah bersetuju untuk datang ialah Berita Harian dan Bernama TV.
Kami warga kerja CEC berharap agar semua ahli dan pemilik Eastar dapat meluangkan masa untuk turun beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini dan dapat berkenalan antara satu sama lain disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai Chery Eastar.
Sila isi format dibawah sekiranya anda setuju untuk turut serta dalam majlis ini.
Nama :
Nickname :
No. H/Set :
Bilangan ahli keluarga:
Status kehadiran:
( Sila daftar nama anda di
http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...t-2009-t57.htm)Semuga kehadiran tuan/puan semua dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita dan meramaikan lagi ahli keluarga CEC.
Sekian, terima kasih.
Warga kerja CEC
This post has been edited by radenumar: Oct 6 2009, 12:33 PM