Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
10 Pages « < 6 7 8 9 10 >Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Chery MPV Community - CMC Version 1, To Gather All Chery MPV Owners

views
     
radenumar
post Sep 10 2009, 09:42 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Ni yang aku tak sabar nak tengok hang punye keta nih...Apa lagi post la gambar kat sini...
radenumar
post Sep 10 2009, 04:06 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Saya mewakili pihak Admin CEC untuk mengadakan program berbuka Puasa dan Suaikenal antara semua pemilik Eastar tak kira dimana anda berada.

Tarikh : 12/09/09
Hari : Sabtu
Masa : 6.30 petang
Tempat : Restoran Kembangan Paradise, Taman Equine, Seri Kembangan.

Kepada yang berminat boleh register di bawah :

Nama :
Kehadiran :
Bilangan :
radenumar
post Sep 14 2009, 10:31 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Assalamualaikum semua,

Saya mewakili pihak warga kerja CEC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemilik Eastar terutamanya Founder CMC Bro Enigma dan wakil SC Puchong Mr Adam dan Manager kerana dapat meluangkan masa dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa N Suaikenal pada hari Sabtu yang lepas.


Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa majlis tersebut diadakan. Ini merupakan satu kenangan yang paling manis yang tidak dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat. Saya berharap hubungan kekeluargaan kita ini akan berkekalan buat selama-lamanya...

Apa yang boleh aku katakan...korang memang besssttttt woooo....

Kita jumpa dalam program yang akan datang yang lebih menarik....tunggggguuuuuu...

Selalu la melawat forum CEC ini untuk mengetahui aktiviti2 yang menarik yang akan diadakan....

Nanti gambar aku akan load dalam masa terdekat lagi. So sesapa yang belum load gambar lagi leh load la, tapi aku cadang buat satu topik baru untuk gambar sahaja...Kalau tak pandai load gambar tu email jea kat aku (hassanadlio@gmail.com), aku tolong loadkan.

Sekian terima kasihhhh....

This post has been edited by radenumar: Sep 14 2009, 10:31 AM
radenumar
post Sep 15 2009, 11:03 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Kawe hanya buat setakat yang termampu...Kejayaan majlis tu pun sebab sokongan dari kekawan juga...Kalau ada ramai kekawan lama dari CCC turun ari tu lagi meriah, tapi nak buat camno memasing ada hal. Maybe next event harap semua sekali leh kumpul sebagai satu keluarga...


Added on September 16, 2009, 12:06 pmPERUTUSAN DARI ADMIN CEC

Assalamualaikum w.b.t,

Kepada semua pemilik Eastar,

Kami warga kerja CEC terlebih dahulu ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI kepada semua pemilik Eastar dan pengunjung forum ini, MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya terdapat salah silap, terlanjur kata di sepanjang perkenalan kita di dalam forum ini.

Kepada semua yang ingin pulang ke kampung halaman kami doakan agar tuan-tuan semua selamat pergi dan kembali ke destinasi masing-masing, Insya Allah. JANGAN LUPA PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. JANGAN LUPA KEPADA MEREKA YANG TERSAYANG. Tuan-tuan boleh rujuk tips keselamatan dalam perjalanan yang telah kami sediakan di dalam Topik Road Safety Issues.

Insya Allah, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kita akan berjumpa lagi di dalam PROGRAM RUMAH TERBUKA CEC yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang akan diberitahu kelak. Jangan lupa untuk mengikuti forum ini dari masa ke semasa untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan diadakan kelak.

Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Sekian Terima Kasih,

Admin CEC



This post has been edited by radenumar: Sep 16 2009, 12:06 PM
radenumar
post Sep 29 2009, 10:12 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Untuk makluman semua pemilik Eastar, saya mewakili pihak penganjur ingin menjemput tuan/puan ke Program Sessi Teh Tarik dan Sidang Meja Bulat pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 30 September 2009
Hari : Rabu (Esok Malam)
Masa : Dari 8 malam
Tempat : Restoran Upin Dan Ipin (Belakang Tesco Extra Berhampiran Stadium Shah Alam)
Tuan Rumah : Bro Enigma

Agenda :
- Perbincangan mengenai Konvoi ke SC Kuantan
- Perbincangan mengenai Rumah Terbuka Perdana CEC
- Aktiviti-aktiviti akan datang

Diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk hadir bersama dalam memeriahkan lagi program tersebut.

Sekian Terima Kasih.
radenumar
post Sep 30 2009, 12:18 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Kalau nak lebih jimat lagi Bro Drom kena buat step down setting di SC Kuantan dan tukar Cat Con Cyclon. Dari pengalaman sye hari sabtu yang lepas selepas membuat step down setting di SC Kuantan dan tukar Cat Con, perjalanan sye dari Kuantan ke KL yang hanya satu takuk minyak sahaja dengan kelajuan purata 120 km/j. Satu takuk pada meter minyak dianggarkan dalam RM30. Itu pun dengan membawa penuh barang2 yang dianggarkan dalam 50kg beratnya. Tol gambang ke tol karak hanya RM16.90, tol bentong RM3 dan tol gombak RM5. Enjin menjadi lebih senyap dari biasa dan memang terasa perbezaannya.

Dan kami warga kerja CEC akan menganjurkan Konvoi Ke SC Kuantan pada hujung minggu ini untuk membuat step down setting dan penukaran Cat Con secara beramai-ramai. Arrangement telah dilakukan dengan pihak SC Kuantan.

Saya mewakili CEC ingin menjemput Bro Drom untuk datang ke Sessi Teh Tarik malam ini di Shah Alam sekiranya kelapangan masa. Sekarang sudah 17 org pemilik Eastar sudah menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam program malam ini termasuk pemilik eastar dari Kota Bharu (Abe Aziz) dan Kuantan (Wan10).

Untuk keterangan lanjut boleh layari :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...am-esok-t47.htm
radenumar
post Oct 2 2009, 10:11 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Program Konvoi Ke SC Kuantan, Ahad, 4/10/09

Untuk makluman semua, persidangan meja bulat diantara ahli CEC dan wakil SC Kuantan, Mr Wong yang diadakan 30/9/09 di Restoran Upin N Ipin, Shah Alam telah mencapai kata sepakat mengenai tentatif program tersebut.

Tentatif Program :

8.30 pg - Berkumpul di Stesen Minyak Petronas, sebelum tol Bentong
9.00 pg - Bertolak ke SC Kuantan secara konvoi
11.00 pg - Dijangka sampai di SC Kuantan
11.15 pg - Kata-kata Aluan oleh Wakil SC Kuantan
11.45 pg - Ucapan dari Wakil Chery Eastar Club (CEC)
12.00 tghari - Taklimat tentang Kereta MPV Chery Eastar oleh pihak SC Kuantan
1.00 petang - Melakukan Stepdown Setting dan Servis terhadap kereta para peserta
2.00 petang - Makan Tengahari (disediakan oleh pihak SC)
2.30 petang - Proses Penukaran Cat Con terhadap kereta para peserta
3.30 petang - Bertolak pulang ke KL

Peserta-Peserta Konvoi :

1). Enigma4646 (Stepdown n Cat Con)
2). Lanz 83 (Stepdown n Cat Con)
3). Reza (Stepdown n Cat Con)
4). MonchehCE (Stepdown n Cat Con)
5). Castello (Stepdown n Cat Con + Servis)
6). Jebat (Stepdown n Cat Con)
7). Syukry (Stepdown n Cat Con)
. Eastarma (Stepdown n Cat Con + Servis)
9). Shaqir (Stepdown n Cat Con)
10). Radenumar

Kami menjemput semua pemilik Eastar yang mempunyai kelapangan masa untuk sesama kita berkonvoi beramai-ramai ke SC Kuantan.

Harap maklum...

This post has been edited by radenumar: Oct 2 2009, 10:16 AM
radenumar
post Oct 5 2009, 04:19 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana Program Konvoi Ke SC Kuantan semalam dapat dijayakan dengan sepenuhnya. Terima kasih sye ucapkan kepada kekawan yang dapat meluangkan masa untuk sesama kita memeriahkan program ini. Korang memang sporting la Bro…

Jutaan terima kasih kepada SC KUANTAN yang sudi menerima kehadiran kami warga CEC untuk program khas ini bagi melakukan servis dan step down setting untuk 25 buah Eastar. Layanan SC KUANTAN memang first class….satu kenangan yang sangat manis…Tambahan menu makanan yang sangat sedap sekali untuk kami semua…TQ very much…Kerjasama erat antara pihak SC Kuantan dan ahli CEC harap dapat dikekalkan pada masa2 yang akan datang…Lain kali kita boleh berkerjasama untuk membuat promosi bagi menaikkan nama Eastar di seluruh negara.

Kepada ahli CEC dari Kuantan, komitmen anda memang dihargai…Caya la bro2 semua…Korang memang best la…Macam satu keluarga CEC yang besar….Harap di masa akan datang kita dapat berkumpul dengan ahli yang lebih ramai…Insya Allah…

Ribuan terima kasih untuk Abe Wan(Mr Mama), yang bersusah payah untuk menguruskan semua kemudahan untuk program konvoi kita ini..Hanya Allah yang dapat membalas jasa mu itu.Terima kasih bebanyak Abe Wan(Mr Mama)……….

So kepada yang tidak dapat menyertai program semalam, jangan bimbang, kami akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk semua ahli CEC dan pemilik Eastar….Untuk aktiviti selanjutnya, jengok2 la forum CEC ni selalu…

Sekian terima kasih dari saya….You are the best Brooooo!!!

Untuk melihat foto yang diambil sila layari :
http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...-oct-09-t53.htm


Added on October 6, 2009, 12:33 pmAssalamualaikum w.b.t,

Untuk makluman semua ahli CEC dan pemilik Eastar, kami pihak warga kerja CEC akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka AIDILFITRI CEC pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tempat : Dewan Serbaguna,
Kondominium Desaminium Rimba,
Seri Kembangan, Selangor
Tarikh n Hari : 18 Oktober 2009, Ahad
Masa : 12.00 tengahari - 3.00 petang

Menu : Satay, Nasi Himpit dan kuah kacang, Lemang dan Rendang,
Nasi Putih, Asam Pedas, Sayur Campur, Telur Dadar,
Buah Tembikar n Oren
Air Sirap dan Teh Panas

Pakaian Lelaki : Baju Melayu dan Sampin
Pakaian Perempuan : Baju Kurung, Baju Kebarong, Baju Kebaya

Oleh kerana kelab kita belum lagi mempunyai dana kewangan, kami telah menetapkan agar setiap buah Eastar dikenakan bayaran sebanyak RM50 bagi menampung kos majlis tersebut. Bayaran boleh disalurkan terus ke akaun saya sebagai pemegang amanah. No Akaun 162254703049 (Maybank) - Hassan Adli Othman. Sila sms nama dan nombor rujukan slip setelah membuat pembayaran.

Tarikh tutup untuk pembayaran dan penyertaan majlis tersebut pada 15 Oktober 2009, Khamis.

Selain daripada itu, pihak kami juga akan berusaha untuk mendapatkan tajaan dan sumbangan daripada Ibu Pejabat Chery Alado dan juga dealer-dealer Chery yang berhampiran bagi mengurangkan lagi kos perbelanjaan.

Pihak kami juga telah menjemput pihak akhbar tempatan untuk membuat liputan di dalam majlis tersebut. Antara pihak akhbar yang sudah bersetuju untuk datang ialah Berita Harian dan Bernama TV.

Kami warga kerja CEC berharap agar semua ahli dan pemilik Eastar dapat meluangkan masa untuk turun beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini dan dapat berkenalan antara satu sama lain disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai Chery Eastar.

Sila isi format dibawah sekiranya anda setuju untuk turut serta dalam majlis ini.

Nama :
Nickname :
No. H/Set :
Bilangan ahli keluarga:
Status kehadiran:

( Sila daftar nama anda di http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...t-2009-t57.htm)

Semuga kehadiran tuan/puan semua dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita dan meramaikan lagi ahli keluarga CEC.

Sekian, terima kasih.

Warga kerja CEC



This post has been edited by radenumar: Oct 6 2009, 12:33 PM
radenumar
post Oct 14 2009, 12:33 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Majlis Rumah Terbuka Perdana CEC, 18 Okt 2009, Kondominium Desaminium Rimba, Seri Kembangan, Selangor

Aturcara Majlis :

12.00 tengahari - Ketibaan para hadirin dan sessi pendaftaran

12.30 tengahari - Kata-kata Aluan dari Wakil CEC

1.00 petang - Ucapan dari Pihak Chery Alado

1.30 petang - Sessi Menjamu Selera n Bersuai kenal

3.30 petang - Sessi Photografi

4.00 petang - Majlis Bersurai



radenumar
post Oct 22 2009, 09:26 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CEC dapat dijayakan dengan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada tuan-tuan semua serta hadirin dan hadirat yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut. Walaupun tuan-tuan semua tinggal jauh dari tempat majlis, tetapi semangat persaudaraan yang tinggi dan komitment yang jitu telah membawa tuan-tuan ke majlis tersebut. Semangat sebeginilah yang kami harap-harapkan dari tuan2 untuk aktiviti2 yang akan kami adakan pada masa yang akan datang.

Ribuan terima kasih juga kepada vvip kita iaitu wartawan dari BernamaTV yang datang membuat liputan untuk majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada pemilik Restoran Kembangan Paradise yang sudi meminjamkan kerusi dan meja kepada kami untuk majlis tersebut. Terima kasih juga kepada mana-mana sponsor yang telah memberi sumbangan khas kepada CEC.

Jutaan terima kasih kepada warga kerja CEC yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan majlis ini sehinggan menjadi kenyataan. Sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit dari anda semua tiada bandingannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya begitu terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua. Bro2 yang saya maksudkan ialah Bro Lanz, Bro Wan, Bro Enigma, Bro Reza, Bro Kzrul, Bro Mad, Bra Sue, Bro Castello, Bro Moncheh, Bro V5 dan Bro Jebat.

Oleh yang demikian, kami berharap agar tuan-tuan dapat memberi sokongan yang padu kepada CEC demi untuk kepentingan dan kebaikan kita bersama. Sesama kita menaikkan nama CEC di mata dunia.

Akhir kalam, jengok2lah kami di sini untuk mengetahui info2 terbaru dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada masa hadapan...

Sekian terima kasih,

RADENUMAR,
Chery Eastar Club


Added on October 26, 2009, 4:55 pmKepada semua pemilik Eastar, sila layari link di bawah untuk melihat gambar2 setiap aktiviti yang telah CEC adakan :

http://cheryeastarclub.blogspot.com

Untuk maklumat lanjut tentang CEC boleh layari :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...eastar-club-f1/



This post has been edited by radenumar: Oct 26 2009, 04:55 PM
radenumar
post Nov 17 2009, 12:02 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Dimaklumkan bahawa pihak CEC akan mengadakan perjumpaan TT dan sessi suai kenal seperti berikut :

Tempat : Restoran Bonda Cafe, Cheras, Selangor
Tarikh : 21 October 2009 (Sabtu)
Masa : Jam 10 malam (siapa nak datang awal pun boleh)

Agenda :
-Diskus Mengenai Telematch Bowling CEC.
-Diskus Mengenai Bersua Mata Dengan Pihak Chery Alado.
-Diskus Mengenai Aktiviti akan datang.

Sila daftar kehadiran anda pada link dibawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...-cheras-t81.htm

Semua pemiliki Eastar dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Sessi TT tersebut.

Sekian, Harap Maklum.


radenumar
post Nov 20 2009, 06:16 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bro Sukarno kerana membuat pilihan yang tepat. Segala permasalahan boleh kita berkongsi bersama samada di CMC atau di CEC. Kalau boleh harap dapat register butiran Bro dalam topik database di CEC untuk memudahkan pihak CEC memberitahu aktiviti2 yang akan diadakan...Kalau ada masa esok malam, boleh la ke TT CEC seperti yang terpapar diatas...

Enjoy your Eastar!!!


Added on November 25, 2009, 10:17 amAlhamdulillah, dengan ini pihak warga kerja CEC ingin mengumumkan bahawa CEC telah mendaftar sebagai syarikat atas nama CEC MANAGEMENT & SERVICES. Pendaftaran CEC sebagai syarikat adalah untuk memudahkan lagi kita bergerak dan melakukan segala aktiviti tahunan yang telah dirancangkan dan akan dilaksanakan pada masa yang akan datang. Semuga dengan tertubuhnya CEC Management & Services dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua ahli CEC dan pemilik Eastar. Dengan kerjasama semua pihak akan dapat mengembangkan lagi ahli CEC di seluruh negara.

Sekian terima kasih,
Warga Kerja CEC


This post has been edited by radenumar: Nov 25 2009, 10:17 AM
radenumar
post Dec 1 2009, 04:25 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua pemilik Eastar, pihak CEC akan menganjurkan PERTANDINGAN BOWLING CEC 2009 pada tempat dan masa seperti dibawah ini :

Agenda : PERTANDINGAN BOWLING CEC 2009
Tempat : Pandan Lake Club, Pandan Perdana, KL
Tarikh : 2 Januari 2010
Masa : 9.30 Pagi
Yuran Penyertaan : Akan dimaklumkan kemudian
Penyertaan : Kepada semua pemilik Eastar

Hadiah :

Johan : Piala Pusingan, Piala dan Hamper
N. Johan : Piala dan Hamper
Tempat Ketiga : Piala dan Hamper
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hamper

Syarat-syarat Pertandingan :
1). Semua pemilik Eastar, SC dan Chery Alado.
2). Tiada had umur.
3). Berpasangan - Suami Isteri amat digalakkan. Jika tiada pasangan, pihak penganjur akan cabut undi bagi menentukan pasangan masing-masing.
4). Tarikh tutup penyertaan 18/12/2009 (tertakluk kepada perubahan)
5). Pembayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup.

Pihak penganjur juga akan mengadakan Pertandingan Mewarna untuk anak-anak peserta yang mana hadiah hanya untuk 3 tempat teratas iaitu Johan, N. Johan dan tempat ke-3. Ketiga-tiga hadiah tersebut merupakan hamper. Anak-anak peserta hanya perlu membawa pensil kaler sekiranya ingin menyertai pertandingan tersebut.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pertandingan bowling ini, sila isi format dibawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...ec-2009-t88.htm

atau dapatkan borang penyertaan di Pusat Servis yang berhampiran pada 5 Disember 2009.

Sekian, terima kasih.

Warga Kerja CEC
radenumar
post Dec 7 2009, 12:27 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan-tuan yang dihormati semua,

Untuk makluman, pihak CEC akan mengadakan SESSI ROAD SHOW ke semua PUSAT SERVIS CHERY ALADO di kawasan Lembah Kelang pada :

Tarikh : 12/12/09, Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 5 Petang
Lokasi : SC PJ, SC PUCHONG, SC BATU CAVES, SC SEMENYIH dan SC SEREMBAN
Tempat Berkumpul : SC PJ

Tujuan Road Show ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan CEC dengan semua pihak pengurusan SC disamping memperkenalkan dan mempromosikan CEC kepada semua pemilik Eastar. CEC juga akan membuat promosi bagi Pertandingan Bowling CEC 2009 yang akan diadakan pada 9/1/10, Sabtu.

Kepada ahli CEC yang mempunyai kelapangan masa harap dapat turut serta dan memeriahkan lagi Sessi Road Show ini.

Daftar status kehadiran di bawah ini :

Nama :
No Phone :
Status Kehadiran :

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden pada 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856.

Sekian, harap maklum.

Warga Kerja CEC

This post has been edited by radenumar: Dec 8 2009, 12:27 PM
radenumar
post Dec 8 2009, 09:26 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua pemilik Eastar, pihak CEC akan menganjurkan PERTANDINGAN BOWLING CEC 2009 pada tempat dan masa seperti dibawah ini :

Agenda : PERTANDINGAN BOWLING CEC 2009
Tempat : Pandan Lake Club, Pandan Perdana, KL
Tarikh : 9 Januari 2010
Masa : 9.30 Pagi
Yuran Penyertaan : RM35 (Tshirt Kolar + Bowling 3 Game + Makan)
Penyertaan : Kepada semua pemilik Eastar

Hadiah :

Johan : Piala Pusingan, Piala dan Hamper
N. Johan : Piala dan Hamper
Tempat Ketiga : Piala dan Hamper
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hamper

Syarat-syarat Pertandingan :
1). Semua pemilik Eastar, SC dan Chery Alado.
2). Tiada had umur.
3). Berpasangan - Suami Isteri amat digalakkan. Jika tiada pasangan, pihak penganjur akan cabut undi bagi menentukan pasangan masing-masing.
4). Tarikh tutup penyertaan 25/12/2009 (tertakluk kepada perubahan)
5). Pembayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup.
6). Makan Minum disediakan.
7). Tshirt kolar akan diberikan kepada semua peserta dan hendaklah memakainya ketika pertandingan diadakan.

Pihak penganjur juga akan mengadakan Pertandingan Mewarna untuk anak-anak peserta yang mana hadiah hanya untuk 3 tempat teratas iaitu Johan, N. Johan dan tempat ke-3. Ketiga-tiga hadiah tersebut merupakan hamper. Anak-anak peserta hanya perlu membawa pensil kaler sekiranya ingin menyertai pertandingan tersebut. Peraduan mewarna ini ada dibahagikan kepada 2 kategori:
1). Umur 8 tahun - 12 tahun
2). Umur 3 tahun -7 tahun

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pertandingan bowling ini, sila isi format dibawah ini :

Nama :
No. Phone :
Bil. penyertaan (Bowling) :
Bil. penyertaan (Mewarna) :
Saiz Tshirt :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...ec-2009-t88.htm

atau dapatkan borang penyertaan di Pusat Servis yang berhampiran pada 12 Disember 2009.

Sebarang pembayaran boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah CEC iaitu 162254703049 (Maybank) atas nama Hassan Adli Othman dan sila sms bukti pembayaran ke 019-6000 252 atau email ke hassanadlio@gmail.com. Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856

Sekian, terima kasih.

Warga Kerja CEC

This post has been edited by radenumar: Dec 8 2009, 09:31 AM
radenumar
post Dec 8 2009, 11:28 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Biasa la, kita buat yang terbaik untuk semua pemilik Eastar. Kami pun dah hantar surat permohonan kepada Chery Alado untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan pusat servis dan kualiti Eastar. Kami CEC berharap pihak Chery Alado membuat perubahan dengan permohonan CEC tersebut. Yang penting semua pemilik Eastar mendapat manfaatnya, bukan untuk kepentingan individu. Sebab itu Founder CMC, Bro Enigma memberi sokongan penuh kepada CEC. Dia dapat membuat penilaian antara kaca dan permata. Dibawah ini sye attactkan surat dari CEC kepada Chery Alado untuk kebaikan kita semua pemilik Eastar.

This post has been edited by radenumar: Dec 8 2009, 12:25 PM


Attached thumbnail(s)
Attached Image Attached Image
radenumar
post Dec 8 2009, 04:11 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
(Program CEC Belah Pagi)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan-tuan yang dihormati semua,

Untuk makluman, pihak CEC akan mengadakan SESSI ROAD SHOW ke semua PUSAT SERVIS CHERY ALADO di kawasan Lembah Kelang pada :

Tarikh : 12/12/09, Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 5 Petang
Lokasi : SC PJ, SC PUCHONG, SC BATU CAVES, SC SEMENYIH dan SC SEREMBAN
Tempat Berkumpul : SC PJ

Tujuan Road Show ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan CEC dengan semua pihak pengurusan SC disamping memperkenalkan dan mempromosikan CEC kepada semua pemilik Eastar. CEC juga akan membuat promosi bagi Pertandingan Bowling CEC 2009 yang akan diadakan pada 9/1/10, Sabtu.

Kepada ahli CEC yang mempunyai kelapangan masa harap dapat turut serta dan memeriahkan lagi Sessi Road Show ini.

Daftar status kehadiran di link bawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...-kelang-t97.htm

Nama :
No Phone :
Status Kehadiran :

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden pada 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856.

Sekian, harap maklum.

Warga Kerja CEC


(Program CEC Belah Malam)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua pemilik Eastar, sekiranya kelapangan masa tuan-tuan dijemput untuk ke Sessi Teh Tarik seperti diberikut :

Shop name: Old Boy
Address: Jalan Puteri 2/7, Bandar Puteri Puchong, (berhampiran Giant)
Date: 12.12.2009, Sabtu
Time: 9.30 malam
Tuan Rumah : Tomguyz / Reza

Maps : Google Maps (3.022667,101.618302) http://maps.google.com

Jom kita gegarkan Bandar Puteri!!!

Harap dapat daftar kehadiran anda pada link dibawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welc...930-mlm-t99.htm

Nama :
No. Phone :
Status Kehadiran :

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden pada 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856.
radenumar
post Dec 8 2009, 05:50 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Setuju sangat la tuh ngan kata-kata Mek kito tu yang nampak ala2 puitis tu...Maybe sebab sekarang nie musim hujan, jadi ramai yang nak memanaskan badan dengan isu2 yang panas juga...Takde la mandom semacam jea...hehhehehe...gurau jea tu...Pilihlah yang mana suka dan selesa...Tiada paksaan untuk memilih...Keputusan ditangan anda...Anda diberikan akal untuk membuat penilaian atas sesuatu perkara...Gunakan kebijaksanaan itu untuk membuat pemilihan yang tepat...akhir kalam....Rock uuuuuuuuu!!!!!
radenumar
post Dec 10 2009, 09:50 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
Kami CEC pun ada program gak pada tarikh tersebut. Pada 19/12 ada program bersama dengan ahli CEC di Singapore, Bro Hitrun dan family di Sunway. Pastu 23/12, ada perjumpaan CEC di Kuantan itu kepada mereka yang berada berhampiran termasuk Bro Hitrun yg akan turun SC Kuantan. Itu semua MR Mama punye arrangement....
radenumar
post Dec 11 2009, 10:30 AM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Feb 2009
"...the more the merrier ..."

Ayat nie yang tak tahan nie...


10 Pages « < 6 7 8 9 10 >Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0569sec    0.49    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th November 2025 - 01:45 AM