Berhati-hati dengan Iklan Seluar Jeans Levis 501 Vintage dalam Facebook
Nama Scammer : Elen Elaner (via id Facebook)
Platform : Facebook Group Levis Malaysia dan VTG Levis Clothing
No Telefon : +6011-19100866 / 011-19100866 / 01119100866
Tektik /modus operandi : Scammer mengiklankan barangan dalam Grup FB dan akan menggunakan akaun syarikat yang berbeza-beza untuk di bank-in. Selepas pembayaran, scammer akan berdolak-dalih untuk menghantar barangan atau menawar produk tambahan lain dan akhirnya memadam semua iklan dan block nombor anda.
Tidak pasti apa niat sebenar scammer berbuat demikian sama ada untuk tujuan joy scammer atau pun scammer mahu membeli barang dari syarikat itu menggunakan wang yang anda bayar. Anda perlu menyemak dengan owner syarikat.
Jalan terbaik sekiranya menjadi mangsa ialah membuat Laporan polis, perolehan maklumat profail syarikat telah dari mydata SSM dan memfailkan tuntutan di e-Tribunal, KPDNHEP.
Anda boleh mendapatkan maklumat owner syarikat dari profail tersebut dan perlu mencari jalan untuk berhubung dengannya bagi menceritakan hal sebenar. Sebenarnya, syarikat itu juga menjadi mangsa scammer kerana tidak mengenali scammer itu dan anda pula membawanya ke tribunal ...tapi syarikat biasanya akan memberi kerjasama untuk trace duit yang kita masuk..so ask for refund then tarik balik fail tuntutan KPDNHEP itu.
This post has been edited by spider955: May 25 2021, 08:53 PM Attached thumbnail(s)