QUOTE
Benezet kesan kelemahan Liga M

PETALING JAYA - Struktur 13 pasukan dalam liga bola sepak tempatan menimbulkan tanda tanya Pegawai Teknikal Persekutuan Bola Sepak Antabangsa (FIFA), Jean-Michel Benezet.
Menurut Benezet, struktur itu tidak kena dengan bola sepak moden kerana jumlah ganjil pasukan dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana menyebabkan satu pasukan 'berpeluang' berehat pada setiap kali perlawanan liga dilangsung.
''Anda memiliki saingan liga profesional yang baik tetapi struktur 13 pasukan di dalamnya tidak begitu bagus kerana ada pasukan yang tidak beraksi dalam penyusunan jadual perlawanan.
''Ini menyebabkan saingan tidak seimbang dan keadaan ini perlu diperbetulkan,'' katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Antabangsa (FAM) Kelana Jaya, semalam.
Ia merupakan antara kelemahan awal perjalanan liga bola sepak tempatan yang dikesan oleh Benezet sepanjang kunjungan ke Malaysia untuk sesi penerangan bersama kira-kira 100 orang jurulatih termasuk untuk Liga Super, Liga Perdana dan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).
Ditanya lanjut mengenai punca Malaysia gagal meningkatkan mutu bola sepak, bekas jurulatih dari Perancis itu berkata, dia merasakan para pemain Malaysia gagal mengamalkan corak permainan bola sepak moden yang pantas.
''Saya tidak begitu mengetahui tentang bola sepak Malaysia namun jika sesebuah pasukan masih tidak mencatat kemajuan, ia mungkin disebabkan kelemahan lain seperti pemain, jurulatih dan kelab.
''Di pihak jurulatih, mereka perlu sentiasa belajar kerana bola sepak moden berubah setiap masa.
''Jika anda perhatikan, negara yang berjaya dalam bola sepak mengutamakan proses pembelajaran secara berterusan sama ada oleh jurulatih mahu pun pemain.
''Malaysia mungkin memiliki pemain berbakat tetapi mereka gagal menggunakan kelebihan mereka pada saingan kompetitif,'' jelasnya.
Beliau turut mencadangkan supaya Malaysia menubuhkan sebuah akademi bakat khusus untuk mencari pemain berbakat.
Katanya, program pencarian bakat menjadi keutamaan dalam program pembangunan di negara Eropah seperti England dan Perancis
''Bola sepak harus bermula pada usia lima atau enam tahun hingga 12 tahun iaitu proses di peringkat akar umbi, usia 12 tahun melangkah ke sesi pemilihan, mulai 13 tahun saat untuk mempertajamkan keupayaan dan pada usia 16 hingga 20 tahun mempraktikkan kebolehan pada saingan kompetitif.
''Kemajuan dalam bola sepak bukan magis yang dapat berubah dalam sekelip mata.
''FIFA hanya mampu memberi pendapat namun untuk mengubah bola sepak Malaysia, anda (FAM) sendiri perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan,'' katanya.

Jan 31 2008, 08:41 AM, updated 18y ago
Quote

0.0191sec
0.60
6 queries
GZIP Disabled