DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN DARN!
YOUR CAT IS DAMN CUTEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!11

Hey, make it have kitties, so i can adopt one. xD
Who agree at this sentence?
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Ramai yang menganggap haiwan yang diletakkan dalam pusat perlindungan sebagai haiwan terbiar atau second hand. Sebab itu juga haiwan seperti kucing kurang mendapat perhatian dan langsung tidak dipeduli untuk dijadikan haiwan peliharaan. Kucing dari kedai peliharaan atau mereka yang menjual haiwan kacukan dianggap lebih berbaloi dan mewah berbanding haiwan yang terbiar yang masih setia menanti pemilik baru.
SPCA atau Pusat Perlindungan Haiwan bekerja keras untuk mengubah persepsi negative ini daripada pemikiran orang awam dengan menyampaikan imej positif yang mengambarkan kucing kacukan dan kucing kampung adalah setaraf. Kucing kampung juga berhak untuk mendapatkan penjagaan dan kasih saying seperti kucing yang dikomersialkan.
"Bagi kami, setiap haiwan adalah penting dan berhak untuk diberi peluang kedua sama ada yang dijumpai di tepi jalan raya atau di sebuah kedai mewah yang lengkap dengan penghawa dingin dan lain-lain", ujar salah seorang jurucakap SPCA.
Seperti pepatah bahasa Inggeris, "The Truth Hurts" atau kebenaran itu menyakitkan diri, kadar euthanasia haiwan di pusat perlindungan akan terus meningkat selagi kadar mengambil haiwan angkat rendah atau kadar penghantaran haiwan terbiar melonjak ke atas. SPCA di Selangor menerima lebih daripada 700 haiwan dalam sebulan dan kesempitan ruang atau kurungan memaksa pegawai SPCA "menidurkan" kebanyakan haiwan ini yang sepatutnya berada di rumah tuannya.
Hanya keputusan anda dapat menentukan takdir haiwan-haiwan ini dan bagi setiap haiwan yang diambil untuk dipelihara, ingatlah anda sebenarnya menyumbang kepada survival satu haiwandi dunia ini. Itu adalah satu pengorbanan dan sifat kemanusian yang amat terpuji.
Berdasarkan fakta, haiwan yang dijual di kedai peliharaan dan pembiak haiwan beroperasi sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata. Haiwan yang terdapat di pusat perlindungan, sebaliknya tiba dalam keadaan yang tidak bermaya tetapi menaruh harapan besar untuk kembali disayangi oleh pemilik. Mereka dibawa ke SPCA oleh pemiliknya, orang ramai yang berhati mulia dan kadangkala diselamatkan oleh SPCA dalam keadaan cemas.
Bayangkan bagi setiap haiwanyang dibeli dari kedai peliharaan, haiwan di pusat perlindungan hilang satu 'rumah harapan' dan pakar pembiak haiwan akan terus membiak haiwan kacukan mahal dan cantik selagi masih wujud permintaan.
Ingatlah, apabila pembelian haiwan mewah berhenti, pembunuhan atau perbuatan 'menidurkan' haiwan yang tidak dikehendaki juga akan berhenti.
- di petik daripada Akhbar Kosmo bertarikh 12 Julai 2007-