This is the reply from webmaster@ptptn.gov.my after I sent an email enq about when we are going to receive the letter.
Tuan/puan,
Saya merujuk kepada emel yang diterima melalui saluran webmaster PTPTN.
Untuk makluman, perlaksanaan caj 1% bermula pada 1 Jan 2009 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 25 November 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum.
Surat perjanjian yang baru akan dihantar kepada peminjam pada Januari 2009 (tertakluk kepada keputusan pengurusan PTPTN) , tempoh diberikan selama 30 hari untuk kembalikan kepada PTPTN. Selepas pelarasan siap sepenuhnya, kos 1% akan berjalan seperti biasa bagi mereka yang tidak mempunyai tunggakan pinjaman sebelum ini. Semua permohonan (untuk satu peratus) akan ditapis terlebih dulu dengan melihat kepada jumlah pembayaran mereka. Mereka yang membayar mengikut kadar ditetapkan, layak menerima pengurangan caj. Bagi yang gagal membayar mengikut jadual, mereka tetap dikenakan caj perkhidmatan lama dan hanya boleh menikmati caj baru selepas selesai membayar tunggakan.
Sila maklumkan alamat dan no tel terbaru jika ada perubahan.
I don't think this is the right answer I want. Aiks....
Jan 22 2009, 05:21 PM
Quote
0.0166sec
0.33
7 queries
GZIP Disabled