My friend got a reply from PTPTN on the 1% thingy and forwarded the email to me. I hope this will help PTPTN loaner folks here.
Tuan/puan,
Sebagaimana yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan pengurangan caj pinjaman iaitu dari tiga (3) peratus kepada satu (1) peratus berkuatkuasa 1 Jun 2008. PTPTN telah mula melaksanakan Pembiayaan Pendidikan berkonsepkan Ujrah satu (1) peratus kepada pelajar-pelajar baru mulai kelulusan pada 22 Disember 2008. Manakala penawaran Ujrah kepada pelajar-pelajar lama yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1hb Ogos 2009.
Penawaran Ujrah adalah dibuat berdasarkan kategori peminjam seperti berikut:-
a. Peminjam sedia ada yang sedang belajar.,
b. Peminjam yang telah tamat pengajian, Bagi mereka yang mempunyai tunggakan mereka perlu melunaskan kesemua bayaran balik yang tertunggak sebelum layak menikmati kaedah pembiayaan berkonsepkan Ujrah.
c. Peminjam yang telah diambil tindakan undang-undang tidak akan ditawarkan pembiayaan berkonsepkan Ujrah dengan kenaan upah satu (1) peratus setahun, sebaliknya akan diambil tindakan berdasarkan prosedur perundangan seperti yang telah ditetapkan.
Peringkat pertama tawaran Ujrah kepada pelajar-pelajar lama yang layak akan dibuat pada 1 Ogos 2009. Pelajar-pelajar yang ditawarkan ini akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) daripada PTPTN. Peringkat pertama ini melibatkan seramai lebih kurang 20,000 orang pelajar. Tawaran peringkat pertama ini melibatkan pelajar-pelajar di dalam kategori berikut :
i. Pelajar-pelajar yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN secara online mulai Jun 2008 sehingga 21 Disember 2008;
ii. Pelajar-pelajar sedang meneruskan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sastera di IPTA; dan
iii. Pelajar-pelajar yang tidak menerima Wang Pendahuluan Pinjaman.
Pelajar-pelajar yang berada di dalam kategori ini hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :
i. Membuat semakan melalui laman web PTPTN serta membaca maklumat dan tindakan yang perlu diambil oleh mereka;
ii. Pelajar-pelajar yang ditawarkan hendaklah memasuki laman web e-pinjaman dan login menggunakan kata laluan yang digunakan semasa permohonan online dibuat dahulu;
iii. Pelajar-pelajar perlu mencetak dokumen tawaran dan melengkapkan dokumen tawaran tersebut (termasuk melekatkan setem hasil); dan
iv. Menghantar dokumen berkenaan kepada PTPTN untuk tindakan yang selanjutnya. Dokumen perlu diterima oleh PTPTN dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tawaran (1 Ogos 2009).
Adalah diingatkan agar pelajar-pelajar yang telah menerima tawaran Ujrah perlu mengemukakan dokumen yang lengkap kepada PTPTN mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan PTPTN menyelesaikan urusan perubahan ini sebagaimana sepatutnya.
Pelajar-pelajar yang layak tetapi tidak menerima tawaran pada kali ini akan menerima tawaran pada peringkat yang seterusnya.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-2092 7788 ataupun melayari laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my.
Webmaster04
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Need advice on repaying PTPTN loan, all ur News and Questions on PTPTN
Aug 11 2009, 09:29 PM
Quote
0.0152sec
0.33
7 queries
GZIP Disabled