Caj 1% PTPTN mulai Jan, bukan 1 Jun
Caj satu peratus terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula dilaksanakana pada 1 Jan tahun depan dan bukan 1 Jun tahun ini seperti yang diumumkan sebelumnya.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata tarikh penguatkuasaan itu ditunda kerana beberapa perkara yang perlu diteliti dan diselesaikan oleh perbadanan itu termasuk proses dokumentasi.
"Kita telah menyatakan ia (caj) bermula 1 Jun tahun ini tetapi memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diteliti dari segi dokumentasi, penerimaan dan sebagainya, maka pelaksanaan itu ialah pada 1 Jan depan," katanya, lapor Bernama.
Ogos lepas, kerajaan mengumumkan pengurangan caj PTPTN kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini.
Sebelum ini, caj perkhidmatan PTPTN yang dikenakan terhadap penuntut peringkat siswazah ialah sebanyak tiga peratus, manakala pasca siswazah pula lima peratus.
Khaled memaklumkan demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara PTPTN dan Maybank sebagai ejen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) hari ini.
Perjanjian itu membolehkan pemegang akaun Maybank menabung ke dalam PTPTN melalui lima saluran perbankan Maybank iaitu mesin ATM, mesin deposit tunai, Maybank2u.com, perbankan telefon Kawanku dan perkhidmatan kaunter.
URL: http://www.malaysiakini.com/news/93724
Need advice on repaying PTPTN loan, all ur News and Questions on PTPTN
Nov 25 2008, 08:52 PM
Quote
0.0825sec
0.10
7 queries
GZIP Disabled