QUOTE
Harian Metro-
Seremban: "Allah selamatkan nyawa kami, jika tidak mungkin kami ditimpa runtuhan," kata Kamal Ariffin Md Arif, 51, yang terselamat apabila bahagian depan rumahnya di Taman Pinggiran Senawang di sini, tiba-tiba runtuh pagi ini.
Hanya beberapa saat memisahkan pasangan Kamal Ariffin dan isteri, Nor Zaini Nordin, 51, daripada dihempap runtuhan struktur bahagian depan rumah mereka dalam kejadian jam 4.30 pagi itu.
Kamal Ariffin berkata, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan isteri dan memaklumkan terdengar bunyi dentuman dari bahagian hadapan rumah.
"Saya kemudiannya ke bilik anak di tingkat atas dan tengok siling plaster sudah runtuh, pada masa sama masih dengar bunyi seperti struktur rumah merekah.
"Saya bergegas keluar rumah dan ketika berdiri di bahagian luar pagar, tiba-tiba bahagian hadapan rumah kami runtuh sepenuhnya," katanya ditemui di lokasi kejadian.
Kamal Ariffin berkata, dia teringat isteri yang masih dalam rumah dan meminta tolong, namun lega selepas mengetahui wanita itu sudah keluar melalui pintu belakang.
Dia berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia serta isteri tidak sempat mengambil apa-apa barang termasuk telefon bimbit.
"Kalaulah saya tidak bangun ketika isteri kejutkan dan keluar rumah, tak tahu apa yang terjadi kepada kami. Saya rasa Allah memang nak selamatkan nyawa kami," katanya.

Yesterday, 04:41 PM, updated 2d ago
Quote
0.0122sec
0.88
6 queries
GZIP Disabled