

Kemalangan Dua Kenderaan, Pegawai Perubatan Maut Ditempat Kejadian
Terbitan ikbm pada 18 Dis 2025
Jam 6.45 pagi.
SEREMBAN – Seorang pegawai perubatan pergigian Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, maut selepas kereta Perodua Bezza yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah kenderaan SUV Proton X70 di Jalan Bukit Putus, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.21 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan, Komander Kanan Pegawai Bomba Kanan I, Afizan Omar berkata, bomba yang tiba dilokasi mendapati mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.
Menurut beliau, pemandu Proton X70 yang merupakan seorang guru wanita berusia 45 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber Bomba / Awam
#allfollowers #kemalangan #kemalanganjalanraya #KemalanganMaut
Condolences to the deceased and her family..
But ayam do wonder.. is it avoidable? As a doctor/ high salary /k , you often rush to work, stressed, mengantuk, etc.
Will theoretically a better, more equipped car save the driver?
Dec 18 2025, 01:03 PM, updated 7d ago
Quote
0.0184sec
0.89
5 queries
GZIP Disabled