Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Kes Buang Bayi & Incest -16 y.o sister + 14y.o bro

views
     
TSiSean
post Dec 15 2025, 04:09 PM, updated 3d ago

iz old liao.
*******
Senior Member
4,503 posts

Joined: Jun 2011



https://www.sinarharian.com.my/article/7605...gan-adik-lelaki
user posted image


BESUT – [DIKEMAS KINI] Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja di sini pada Ahad membongkar kes sumbang mahram membabitkan seorang remaja perempuan dan adik lelakinya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan adalah hasil hubungan terlarang remaja perempuan berusia 16 itu yang dilahirkan secara rahsia.

"Sejurus selepas dilahirkan, bayi itu dilaporkan telah dibuang oleh suspek sebelum ditemui oleh salah seorang penghuni rumah di situ," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

​Beliau berkata, polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.

"Mahkamah membenarkan lelaki tersebut ditahan untuk siasatan menyeluruh berhubung kes itu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

​"Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.

"Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan," ujar beliau.

Beliau berkata, perbuatan membuang bayi ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hukum agama serta jelas menafikan hak seorang bayi untuk hidup.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan atau menyebar maklumat tidak tepat di media sosial berhubung kes tersebut," katanya.

Pada Ahad tular di media sosial penemuan seorang bayi dan difahamkan, bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dan tindakan lanjut.

https://www.sinarharian.com.my/article/7605...gan-adik-lelaki

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0121sec    0.69    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 18th December 2025 - 04:44 AM