Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak

views
     
TStmd
post Dec 13 2025, 10:00 PM, updated 3d ago

New Member
*
Junior Member
25 posts

Joined: Feb 2009
MELAKA – Wanita yang mendakwa kononnya isteri kepada penjenayah ditembak mati polis di Durian Tunggal, di sini bulan lalu sebenarnya adalah kekasih si mati yang mempunyai 10 rekod lampau termasuk cubaan bunuh.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan mendapati, wanita yang berusia 31 tahun itu tiada hubungan suami isteri pun dengan salah seorang si mati sebaliknya mereka hanya pasangan kekasih yang tinggal serumah di Durian Tunggal sejak lebih tiga tahun lalu.

“Isteri sebenar (penjenayah yang ditembak mati) berada di Johor dan sudah lama ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Legasi 04 RXZ X 125 ZR Melaka Attack 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Dataran MITC, di sini malam tadi.

Menurut beliau, polis kini juga sedang memburu bapa kepada wanita tersebut.

Katanya, lelaki berumur 55 tahun itu mempunyai 24 rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, selain pernah dijatuhkan hukuman.

https://malaysiagazette.com/2025/12/13/wani...-rekod-jenayah/




 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0114sec    0.81    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 07:38 AM