Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 BB-Famous ARAB restaurant kena sapu,101ppl ditahan

views
     
TSAlex9892
post Dec 11 2025, 08:55 PM, updated 2d ago

Casual
***
Junior Member
438 posts

Joined: Feb 2017


QUOTE
Buletin TV3-

KUALA LUMPUR: Suasana sebuah restoran makanan Timur Tengah terkenal di Bukit Bintang, di sini, yang menggajikan pekerja warga asing bertukar ‘wajah’ apabila diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, semalam.

Serbuan di premis lima tingkat berkenaan membawa kepada penahanan seramai 101 lelaki warga asing termasuk seorang lelaki tempatan dalam operasi bermula jam 11.10 malam itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan dilakukan susulan pihaknya menerima aduan awam berhubung dakwaan terdapat warga asing yang disyaki bekerja tanpa mempunyai dokumen atau pas sah di premis berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 111 lelaki warga asing dan enam lelaki tempatan dipercayai bekerja di premis berkenaan.

“Susulan itu, seramai 101 lelaki warga asing membabitkan 86 warga Bangladesh, 12 warga Syria dan dua warga Indonesia ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang bertugas sebagai pengurus besar premis berkenaan. Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 40 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil semakan mendapati ada sebahagian warga asing mempunyai pas dalam beberapa sektor termasuk pembinaan, runcit, pencucian, pelajar, kilang, pas lawatan sosial dan restoran namun pas yang dikeluarkan adalah bukan di bawah premis diperiksa.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15(1)©, Seksyen 6(1)© dan Seksyen Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).

“Selain itu, Seksyen 55(b) Akta Imigresen ke atas majikan premis kerana kesalahan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.
———————————————

Meanwhile few days ago, mereka semakin berani. Kudos to JIM (Immigration) terus pergi sapu





TSAlex9892
post Dec 11 2025, 09:10 PM

Casual
***
Junior Member
438 posts

Joined: Feb 2017
QUOTE(keybearer @ Dec 11 2025, 09:08 PM)
Very briyani can operate illegally that big at that location.
*
Memang gila la. I know that 1 really famous, but never thought that BIG, 101 workers !!!
TSAlex9892
post Yesterday, 02:16 PM

Casual
***
Junior Member
438 posts

Joined: Feb 2017


 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0138sec    0.34    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 13th December 2025 - 11:43 PM