IO Diminta Serah Gambar Pelaku Kepada SBKN
Petaling Jaya 9.12.25, Datuk Dr. Kalaivanar (SBKN) mengecam cara siasatan polis terhadap seorang suri rumah yang menjadi mangsa keldai akaun tetapi tetap dituduh di mahkamah. Beliau menegaskan IO sepatutnya mendapatkan rekod transaksi, rakaman ATM dan maklumat bank untuk mencari pelaku sebenar, bukan menuduh mangsa.
Mangsa berusia 46 tahun itu hanya kehilangan RM1,400, namun akaunnya disalah guna sindiket dengan transaksi hampir RM200,000. Beliau turut disenaraihitamkan dan tidak boleh membuka akaun bank, menyukarkan kehidupannya.
Mangsa kini perlu hadir ke Mahkamah Seksyen Segamat pada 12 Disember 2025 di bawah Seksyen 424, dan berisiko dipenjara jika gagal membayar denda.
SBKN akan menyediakan peguam untuknya serta menyerahkan memorandum dan mengadakan demo aman di Bank Negara bagi membela semua mangsa keldai akaun dan kes lelong.
This post has been edited by PeopleOfPerlis: Dec 10 2025, 06:45 PM
Dec 10 2025, 05:48 PM, updated 7d ago
Quote
0.0167sec
0.43
5 queries
GZIP Disabled