
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain...ndarkan-ringgit
QUOTE
Johor perkenal wang kripto RMJDT stablecoin disandarkan ringgit
Bullish Aim Sdn Bhd, yang dipengerusikan dan dimiliki oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi RMJDT, iaitu stablecoin disandarkan ringgit yang diterbitkan menerusi Zetrix sebagai tunjang kepada Infrastruktur Rantaian Blok Malaysia (MBI) nasional.
JOHOR BAHRU: Johor melakar sejarah baharu dalam ekonomi digital negara apabila memperkenalkan RMJDT iaitu stablecoin pertama disandarkan ringgit yang dilancarkan di atas rantaian blok Zetrix, platform teras di bawah Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI).
Zetrix dalam satu kenyataan berkata, usaha diterajui Bullish Aim Sdn Bhd, syarikat yang dipengerusikan dan dimiliki Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, itu dilancarkan menerusi kerangka 'sandbox' digital aset negara yang diluluskan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan, ketelusan dan kawal selia berperingkat.
RMJDT dibangunkan untuk mengukuhkan penggunaan ringgit dalam penyelesaian perdagangan rentas sempadan, di samping membuka laluan baharu bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
"Langkah ini juga dilihat seiring gelombang global ke arah tokenisasi aset dan transformasi ekonomi digital berasaskan blockchain," kata Zetrix.
Bagi menyokong pelaksanaan stablecoin itu, Bullish Aim turut menubuhkan sebuah syarikat perbendaharaan aset digital, Digital Asset Treasury Company (DATCO), dengan peruntukan awal RM500 juta dalam token Zetrix. Nilai itu dirancang meningkat sehingga RM1 bilion bagi memastikan kestabilan kos transaksi dan kecekapan operasi rangkaian.
DATCO juga akan melakukan 'staking' token Zetrix bagi menyokong sehingga 10 peratus nod validator dalam MBI, sekali gus mengukuhkan daya tahan ekosistem Web3 negara serta meningkatkan keselamatan dan kebolehskalaan rangkaian.
Sebagai penerbit RMJDT, Tunku Ismail menegaskan kepentingan mewujudkan perbendaharaan token itu bagi memastikan penyelarasan jangka panjang dengan infrastruktur blockchain negara, selain menjamin kestabilan operasi stablecoin berkenaan.
Pemerhati industri melihat langkah Johor ini sebagai isyarat jelas bahawa pembangunan teknologi digital bukan lagi sekadar inisiatif sektor swasta, tetapi kini menjadi sebahagian daripada strategi negeri dan negara dalam meletakkan Malaysia sebagai hab ekonomi digital rantau ini.
That company name though Bullish Aim Sdn Bhd, yang dipengerusikan dan dimiliki oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi RMJDT, iaitu stablecoin disandarkan ringgit yang diterbitkan menerusi Zetrix sebagai tunjang kepada Infrastruktur Rantaian Blok Malaysia (MBI) nasional.
JOHOR BAHRU: Johor melakar sejarah baharu dalam ekonomi digital negara apabila memperkenalkan RMJDT iaitu stablecoin pertama disandarkan ringgit yang dilancarkan di atas rantaian blok Zetrix, platform teras di bawah Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI).
Zetrix dalam satu kenyataan berkata, usaha diterajui Bullish Aim Sdn Bhd, syarikat yang dipengerusikan dan dimiliki Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, itu dilancarkan menerusi kerangka 'sandbox' digital aset negara yang diluluskan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan, ketelusan dan kawal selia berperingkat.
RMJDT dibangunkan untuk mengukuhkan penggunaan ringgit dalam penyelesaian perdagangan rentas sempadan, di samping membuka laluan baharu bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
"Langkah ini juga dilihat seiring gelombang global ke arah tokenisasi aset dan transformasi ekonomi digital berasaskan blockchain," kata Zetrix.
Bagi menyokong pelaksanaan stablecoin itu, Bullish Aim turut menubuhkan sebuah syarikat perbendaharaan aset digital, Digital Asset Treasury Company (DATCO), dengan peruntukan awal RM500 juta dalam token Zetrix. Nilai itu dirancang meningkat sehingga RM1 bilion bagi memastikan kestabilan kos transaksi dan kecekapan operasi rangkaian.
DATCO juga akan melakukan 'staking' token Zetrix bagi menyokong sehingga 10 peratus nod validator dalam MBI, sekali gus mengukuhkan daya tahan ekosistem Web3 negara serta meningkatkan keselamatan dan kebolehskalaan rangkaian.
Sebagai penerbit RMJDT, Tunku Ismail menegaskan kepentingan mewujudkan perbendaharaan token itu bagi memastikan penyelarasan jangka panjang dengan infrastruktur blockchain negara, selain menjamin kestabilan operasi stablecoin berkenaan.
Pemerhati industri melihat langkah Johor ini sebagai isyarat jelas bahawa pembangunan teknologi digital bukan lagi sekadar inisiatif sektor swasta, tetapi kini menjadi sebahagian daripada strategi negeri dan negara dalam meletakkan Malaysia sebagai hab ekonomi digital rantau ini.
Dec 9 2025, 10:16 PM, updated 2w ago
Quote



0.0159sec
0.88
5 queries
GZIP Disabled