https://www.funtasticko.net
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Ini info terbaharu yang kami perolehi daripada ejen perisik Mat Bond yang memaklumkan Perodua bakal melancarkan SUV segmen B terbaharu mereka, iaitu Traz (D66B) pada 18 Disember 2025.
Foto hiasan hasil rekaan Theottle, kecerdasan buatan (AI) dan perisian grafik
Segala persiapan sedang berjalan dengan rancak dan penasihat jualan (SA) Perodua telah pun selesai menjalani latihan produk pada bulan November lalu.
Traz (D66B) pada ketika ini sedang berada pada fasa percubaan (trial) pengeluaran dan pengeluaran massa model ini pula akan bermula pada Januari 2026.
Tanda dagang nama Traz (D66B) telah pun didaftarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sejak 29 April 2022 manakala tarikh luputnya adalah sebelum 29 April 2032.
Pada awalnya varian AV dikhaskan untuk versi hibrid sahaja, namun difahamkan versi hibrid (HEV) hanyalah untuk model kembarnya sahaja, iaitu Toyota Yaris Cross.

Model yang dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) itu hanya akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5-liter Dual VVT-i 2NR-VE.
Enjin aspirasi alami (NA) yang menjana 78 kW dan 138 Nm daya kilas itu digandingkan dengan transmisi Dwi-Mod CVT (D-CVT).
Difahamkan Traz (D66B) akan ditawarkan dengan pilihan lima warna iaitu Garnet Red, Glittering Silver, Ivory White, Electric Blue dan Granite Grey.
Dua warna ditawarkan dengan pilihan dwi tona (bumbung hitam) iaitu Electric Blue dan Glittering Silver, manakala selebihnya hanya satu tona sahaja.

Kemasan dalaman Traz (D66B) dihiasi dengan jejalur merah dan dikhabarkan ia akan menggunakan panel meter jenis analog, tidak seperti Yaris Cross yang menggunakan meter digital.
Baru-baru ini, kembarnya Yaris Cross telah pun menerima penarafan ‘5-Bintang‘ daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan skor keseluruhan 83.02 mata di bawah protokol ASEAN NCAP 2021-2025.
Nantikan perkembangan terbaharu Traz (D66B) dari semasa ke semasa!
This post has been edited by Zhik: Dec 9 2025, 05:45 PM

Dec 9 2025, 05:28 PM, updated 5d ago
Quote
0.0162sec
0.39
5 queries
GZIP Disabled