Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 BYD Menumbangkan Pokok Pinang, Membuktikan Kekuatan Bumbung Kereta

views
     
TSXploit Machine
post Dec 8 2025, 03:32 PM, updated 2w ago

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

BYD Menumbangkan Pokok Pinang Bagi Membuktikan Kekuatan Bumbung Kereta

BYD ialah pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia. Kenderaan mereka kini mendominasi pasaran yang dahulunya digenggam oleh Tesla dan di Malaysia EV mereka turut menerima sambutan menggalakkan. Mereka gemar menggunakan gimik untuk menjual kenderaan seperti U9 yang boleh melompat dan U8 yang boleh terapung seperti kapal. Untuk mempromosikan Yangwang U8L, gimik yang digunakan adalah menumbangkan pokok pinang ke atas bumbung. Sebatang pokok pinang dijatuhkan beberapa kali ke atas bumbung hadapan berhampiran pemandu U8L. Integriti bumbung kekal utus dengan hanya sedikit sahaja bahagian bumbung kemik manakala cermin sisi dan cermin pintu langit juga tidak pecah. Selepas tiga kali batang pokok menghentam bumbung, pintu pemandu masih boleh dibuka serta kenderaan dipandu.



U8L telah dijual di China sejak Ogos dengan harga bermula RMB 1.3 juta (~RM 755,00). Ia dipasarkan sebagai SUV EV mewah yang setanding dengan sebuah Rolls-Royce Cullinan. Ujian yang dilakukan ini adalah agak aneh kerana jarang dilakukan tetapi amat relevan bagi pengguna khususnya di Malaysia dimana terdapat banyak insiden pokok dan struktur rebah ke atas kereta sehingga penumpang tersepit.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0142sec    0.78    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 21st December 2025 - 12:55 PM