CIMB Bank memaklumkan bahawa sistem MyDebit akan mengalami gangguan sementara pada Sabtu, 13 Disember 2025 bermula jam 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi. Gangguan ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dijalankan bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Penyelenggaraan berkala seperti ini bukanlah perkara baharu malah ia dilaksanakan secara bulanan pada tarikh-tarikh tertentu yang telah ditetapkan. Langkah ini diambil bagi memastikan sistem perbankan dapat berfungsi dengan lebih lancar dan stabil.

Sehubungan itu, CIMB memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Pihak bank amat menghargai kesabaran serta sokongan para pelanggan kerana usaha ini dilakukan untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik pada masa hadapan.
Rujukan https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/pe...e-03-dec-25.pdf
Dec 8 2025, 03:06 PM, updated 2w ago
Quote
0.0143sec
0.38
5 queries
GZIP Disabled