Hanya Kelantan diberi peruntukan RM6.7 juta untuk sewa lori air tangki - Akmal Nasrullah
KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.7 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk menyewa lori air tangki.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir turut mendedahkan bahawa hanya Kelantan diberi peruntukan itu untuk kemudahan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini AKSB masih masih belum menggunakan peruntukan itu lagi.
"Kita sudah bagi peluang sejak awal tahun. Tahun ini kalau tiada, saya batalkan. Yang itu kita tidak boleh kompromi," tegasnya menerusi hantaran dan video yang dikongsi di laman sosial.
Akmal Nasrullah berkata kegagalan AKSB membelanjakan peruntukan itu akan menyebabkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dipersalahkan oleh orang ramai.
"Orang akan salahkan PETRA dan PETRA akan cari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN akan cari punca dan di sinilah puncanya," katanya.
Akmal Nasrullah berkata sudah berkali-kali mengejar dan mengingatkan AKSB untuk mengambil geran peruntukan berkenaan.
"Akhirnya dimaklumkan sudah ada pelantikan kontraktor hujung bulan lepas. Alhamdulillah, saya akan terus pantau," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/...QgZFvfsZzHTx-Pg
Kelantan dont use fund to get water tank
Dec 6 2025, 10:00 AM, updated 3w ago
Quote
0.0149sec
0.58
5 queries
GZIP Disabled