Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 SURAT SOKINGAN -Kamal Engineering tak minta projek, (Jadi nama datang dari mana? - Rapiji)

views
     
TSZeroSOFInfinity
post Dec 5 2025, 07:43 PM, updated 3w ago

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
3,703 posts

Joined: Oct 2005


Bekas menteri kanan Rafizi Ramli mendedahkan apa yang dinamakannya sebagai plot twist (kejutan plot) dalam isu ‘surat sokongan’ bekas setiausaha politik perdana menteri Shamsul Iskandar Md Akin.

Rafizi berkata, Kamal Engineering–salah satu daripada enam syarikat yang namanya dimajukan kepada pihak menteri kesihatan–sebenarnya tidak pernah pun membuat permohonan prakelayakan.

“Jika Kamal Engineering tidak terlibat pun dalam projek itu, bagaimana dan siapa yang pandai-pandai guna nama syarikat hingga sampai ke Pejabat Perdana Menteri?

“Ia adalah satu kesalahan jenayah, menyalahgunakan nama orang atau syarikat tanpa kebenaran mereka.

“Satu lagi kemungkinan ialah syarikat Kamal Engineering jadi kambing hitam yang namanya diselitkan sebagai dummy dalam surat sokongan itu tanpa pengetahuan mereka,” katanya yang mendakwa dimaklumkan oleh syarikat itu, yang menghubunginya.

Terdahulu, Shamsul dan pegawai kanan di Kementerian Kewangan masing-masing dikaitkan dengan dakwaan mengeluarkan surat sokongan bagi syarikat yang tular di media sosial.

Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia sudah menjelaskan bahawa dirinya menolak amalan surat sokongan.

Bagaimanapun, dia menegaskan surat yang sekadar dikemukakan untuk pertimbangan tidak membawa maksud menyokong kelulusan projek.

ADS
Dalam kenyataan di media sosial hari ini, Rafizi berkata Kamal Engineering telah membuat laporan polis dan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkaitan dakwaan penglibatan mereka.

Sementara itu, Rafizi berkata apa yang berlaku menimbulkan persoalan lebih besar.

“Saya harap pihak polis ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

‘Apa yang Datuk Seri beritahu itu betul’

Sementara itu, seorang jurucakap Kamal Engineering ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan maklumat yang dikongsi Rafizi, yang juga anggota parlimen Pandan.

Bagaimanapun, syarikat terbabit enggan mengulas lanjut.

“Apa yang Datuk Seri beritahu itu betul. Memang Kamal Engineering tak terlibat,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
TSZeroSOFInfinity
post Dec 5 2025, 09:14 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
3,703 posts

Joined: Oct 2005


QUOTE(Kelefeh @ Dec 5 2025, 08:45 PM)
PMX confirmed one term only
without DAP seat he can't even survive
Now DAP can say goodbye to their voters thanks to PMX

songlap while you still can
*
Dengar kata AL sudah beritahu Mahdi that they will "walk away, but remain in spirit" kalau masih tiada "aksi" from him. Shit getting real. Thats why suddenly DAP tunjuk taring whole week.
TSZeroSOFInfinity
post Dec 5 2025, 10:16 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
3,703 posts

Joined: Oct 2005


QUOTE(Kelefeh @ Dec 5 2025, 10:00 PM)
nah
AL bola kecut, confirmed not dare to pull out one
but if keep sticking to PMX next GE confirmed wipe out
*
You misunderstood. He actually meant DAP quit as ministers and the PH coalition, but will do a "supply and confidence" agreement until next election.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0139sec    0.78    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 02:51 AM