
LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak yang baru dipilih, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berikrar untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Anil menzahirkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada penduduk Kunak atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Beliau berkata mandat itu menjadi dorongan kuat untuk meneruskan usaha membangunkan kawasan berkenaan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
โRakyat telah memberikan saya mandat untuk bekerja. Mereka mahu melihat apa yang boleh saya lakukan dan berharap usaha yang saya mulakan sebelum ini dapat terus diperkukuh dan dipertingkatkan,โ katanya.
Menurut Anil, keyakinan yang ditunjukkan pengundi memberi motivasi kepadanya untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan serta pengalaman dalam perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan masyarakat Kunak.
Beliau turut mengakui kemenangan diperoleh itu tidak dijangka, namun percaya hubungan rapat dengan penduduk dan komitmennya mendengar serta menangani isu setempat menyumbang kepada keputusan positif tersebut.
Calon Barisan Nasional (BN) itu menewaskan penyandang, Datuk Norazlinah Arif daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta Datuk Jasa Raudah dari Parti Warisan termasuk tiga calon lain.

Yesterday, 01:41 PM, updated 13h ago
Quote
0.0139sec
0.72
5 queries
GZIP Disabled