QUOTE
Harian Metro-
Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak awal minggu ini bukan saja menyebabkan pelanggan semakin berkurangan di pasar malah peniaga sayur turut berdepan kenaikan harga mendadak sehingga 50 peratus apabila bekalan daripada ladang tidak stabil.
Tinjauan Harian Metro di sekitar pasar di ibu kota mendapati beberapa sayur asas seperti cili padi, kubis, tomato dan kacang panjang mencatatkan kenaikan.
Peniaga sayur, Feri Effendi Rajuman berkata, musim hujan yang berterusan bukan saja menyebabkan bekalan sayur berkurangan, malah harga beberapa jenis sayuran naik antara 30 sehingga 50 peratus.
"Kacang panjang sekarang RM10 sekilo itu pun harga peniaga belum lagi harga kita jual kepada pembeli, harga bendi juga naik sama.
"Untuk cili merah sekotak boleh cecah RM70 hingga RM90, dulu RM35 ke RM45 saja," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, pelanggan juga semakin berkurangan disebabkan musim hujan dan jualan minggu ini sedikit merosot berbanding beberapa minggu lalu.
"Ada juga bekalan sayur yang kami tak dapat, jadi kami menjual sayur sedia ada dengan sedikit untung saja.
"Kami faham situasi ini, memang setiap kali hujan harga akan naik, malah pelanggan juga sedia maklum," katanya.
Namun begitu, peniaga berharap harga kembali stabil sebaik keadaan cuaca pulih dan bekalan daripada ladang kembali lancar.
Selain itu, peniaga sayur di pasar Chow Kit, Shahlan Baharim berkata, perubahan harga setiap kali musim tengkujuh memang tidak dapat dielakkan akibat kekurangan bekalan.
"Kalau hujan berterusan, memang harga jadi tak menentu, bekalan lambat masuk, ada yang rosak dan kami pun terpaksa ambil sikit-sikit saja.
"Bila harga naik, pelanggan pula kurang datang, tetapi harga masih dalam kadar yang pelanggan boleh beli seperti tomato sebelum ini harga sekitar RM2 lebih sekilo, sekarang mencecah RM4," katanya.
Shahlan berkata, bagaimanapun tidak semua sayur naik harga, namun jenis sayur yang terjejas bekalan menunjukkan peningkatan mendadak.
"Sayur biasa macam daun sup (RM8 sekilo), daun bawang (RM6 sekilp), kangkung ada yang kekal atau naik 50 sen ke RM1, tetapi ada juga yang naik seperti cili api boleh mencecah RM20 sekilo, kacang panjang sekarang RM10 sekilo, bendi pun naik," katanya.

Dec 2 2025, 07:56 PM, updated 2w ago
Quote
0.0139sec
0.45
5 queries
GZIP Disabled