Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Pasaran tahap pemilikan asing paling rendah

views
     
TSlittlestar777
post Dec 2 2025, 01:22 PM, updated 4w ago

Casual
***
Junior Member
378 posts

Joined: Dec 2020
Pasaran saham Malaysia kini berada pada tahap pemilikan asing paling rendah dalam sejarah.
Pelabur global seakan tidak lagi melihat Malaysia sebagai destinasi modal utama.

1. Minggu lepas, pelabur asing sekali lagi menjual saham Malaysia dalam jumlah besar.

2. Sebanyak RM484.8 juta dana asing mengalir keluar daripada pasaran tempatan.

3. Ia bukan jualan mengejut, ini kesinambungan daripada trend panjang sejak awal tahun.

4. Bagi tahun 2025, RM20.3 bilion telah ditarik keluar setakat minggu lepas.

5. Ini kali pertama bagi tahun ini aliran keluar mencecah paras RM20 bilion.

6. Sejak pentadbiran Madani bermula, jumlah keseluruhan aliran keluar kini melonjak kepada RM26.8 bilion.

7. Jika kita ukur garis masa lebih jauh, selepas PRU14 jumlah keseluruhan aliran keluar telah mencecah RM76.7 bilion ringgit.

8. Angka ini bukan kecil, ia menggambarkan bagaimana pandangan pelabur global terhadap Malaysia berubah secara mendalam.

9. Peratus pemilikan asing dalam pasaran saham Malaysia kini berada pada rekod paling rendah dalam sejarah.

10. Dan yang lebih membimbangkan, trend ini bukan baru bermula minggu lalu, ia bermula sejak Julai dan terus merosot bulan demi bulan.

11. Dalam pasaran global, pergerakan modal adalah undi kepercayaan.

12. Apabila dana asing keluar, ia memberi isyarat bahawa pelabur melihat peluang lebih besar atau risiko lebih rendah di negara lain.

13. Malaysia kini sedang bersaing dengan ekonomi jiran yang bergerak lebih laju dan menawarkan pulangan lebih meyakinkan.

14. Indonesia menarik pelaburan industri berat dan mineral, Vietnam menjadi hub pembuatan, Thailand mula pulih dengan agresif, dan Singapura kekal sebagai pusat kewangan serantau.

15. Soalan besar untuk kita ialah, mengapa Malaysia terus kehilangan daya tarikan.

16. Pelabur global melihat kestabilan dasar, dimensi pertumbuhan jangka panjang, reform ekonomi dan keberkesanan pelaksanaan.

17. Apa yang hilang bukan sekadar duit, namun keyakinan.

18. Tanpa keyakinan, modal tidak kembali dan tanpa modal, ekosistem korporat tidak berkembang.

19. Namun dalam setiap kekurangan, ada peluang tersembunyi.

20. Pelabur bijak tahu, apabila pemilikan asing pada paras terendah, banyak syarikat berkualiti berada pada harga diskaun.

21. Ini bukan masanya panik, ini masanya belajar membaca aliran modal dan memahami psikologi pasaran.

22. Dunia bergerak, modal bergerak, dan hanya mereka yang faham arah angin akan mendapat kelebihan.

23. Jika zaman dahulu, pastinya aliran keluar begini dikatakan “PELABUR HILANG KEYAKINAN SEBAB KAU TAK RETI URUS NEGARA.”


user posted image

FDI uptrend, Currency stronger, apa mamat ni cakap ?

This post has been edited by littlestar777: Dec 2 2025, 01:25 PM

Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0123sec    0.51    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 01:53 AM