Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Bang Nuar : Mohon pertimbangan jer pun, Apa kecoh?

views
     
Justin.Loong
post Dec 3 2025, 12:34 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
8,363 posts

Joined: Feb 2014


QUOTE(Boomwick @ Dec 2 2025, 12:39 PM)
Tunggu election u tao la anwar
Cakap tak serupa bikin
*
After reading this tweet, maybe no need to tunggu elections... whistling.gif
QUOTE
SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN UMNO
2 Disember 2025

Daripada:
Dato’ Mohd Zaid bin Ibrahim
Ahli UMNO, Cawangan Bukit Damansara

Kepada:
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO & Pengerusi Barisan Nasional

YAB Dato’ Seri Presiden,
Saya menulis surat ini dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai ahli parti yang prihatin terhadap masa depan UMNO, kestabilan negara, dan maruah perjuangan bangsa. Setelah meneliti perkembangan politik mutakhir, saya berpendapat UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi boleh meneruskan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Perpaduan.

Pandangan ini bukan bersifat peribadi, sebaliknya berdasarkan Perlembagaan UMNO serta penilaian rasional terhadap kepentingan negara dan masa depan parti. Berikut adalah alasan-alasan mendesak.

1. Kedaulatan Negara
Pendekatan PM dalam rundingan perdagangan dengan Donald J. Trump tidak mencerminkan kesungguhan menjaga kepentingan negara. Perjanjian berat sebelah itu turut dikecam empat Ahli Parlimen PKR sendiri.

2. Kehilangan Sokongan Cina/Bukan Melayu
PRN Sabah menunjukkan penolakan hampir total terhadap kepimpinan PM. Semua calon DAP tewas; PKR hanya menang 1 kerusi “import”. UMNO bakal menerima nasib sama jika terus berada dalam Kerajaan Perpaduan.

3. Kedudukan Bumiputera Terjejas
Perjanjian dengan AS tidak menyediakan perlindungan mencukupi bagi syarikat Bumiputera; keistimewaan hilang, kedudukan ekonomi tergugat.
(continued)
(sambungan)

4. Geopolitik Malaysia Tergugat
Terma perjanjian AS mewajibkan Malaysia mengikut dasar luar Washington. Ini menjejaskan dasar berkecuali dan menimbulkan keresahan China.

5. Pendekatan MA63 Lemah
Kerajaan gagal mempertahankan prinsip asas Persekutuan dalam isu Petronas–Petros dan hasil minyak Sarawak.

6. Risiko Kekalahan PRU16
UMNO kalah semua kerusi di Kedah & Terengganu (PRN 2023), hanya 1 kerusi di Kelantan, 2 di Selangor; PRN Sabah 2025 UMNO tinggal 6 kerusi.

7. Risiko di Melaka & Johor
PH berada pada tahap paling tidak popular. Kekal dalam Kerajaan Perpaduan = risiko besar kepada UMNO.

8. Kebimbangan Institusi
Pelantikan JAC, tindakan terhadap pemberi maklumat (Albert Tei), serta persepsi salah guna kuasa menimbulkan keraguan terhadap kebebasan institusi.

9. Bercanggah Dengan Perlembagaan UMNO
Dasar kerajaan kini bercanggah dengan Fasal 3.1 (kedaulatan negara) & 3.4 (ekonomi Melayu/Bumiputera).
(continued)

Kesimpulan & Rayuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini adalah liabiliti politik kepada UMNO, BN, dan negara. Dasar-dasar kerajaan yang dipimpin beliau bercanggah dengan Perlembagaan UMNO Fasal 3.

Demi masa depan UMNO, maruah parti, orang Melayu dan kepentingan negara, saya merayu agar:
UMNO dan BN menarik balik sokongan serta keluar daripada Kerajaan Perpaduan dalam kadar segera.

Langkah ini penting untuk memulihkan keyakinan pengundi, khususnya pengundi Melayu, menjelang PRU16.

Sekian,

Dato’ Mohd Zaid bin Ibrahim
Ahli UMNO
Cawangan Bukit Damansara
Selasa | 2 Disember 2025

— Tamat —

SUSBoomwick
post Dec 3 2025, 12:52 PM

Regular
******
Senior Member
1,009 posts

Joined: Mar 2019

Deswai klse market cannot naik.. ptui
All bola kena genggam.

Tarak guna punya bmx ni

3 Pages < 1 2 3Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0122sec    0.46    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 07:01 AM