Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

News Sabahan Local Legend Mati Katak, *croaks*

views
     
TSkeybearer
post Yesterday, 08:13 PM, updated 22h ago

Casual
***
Junior Member
409 posts

Joined: Nov 2009
From: Internet


https://m.malaysiakini.com/news/762318

QUOTE
Jeffrey Kitingan bukan sebahagian k'jaan negeri buat masa

Jeffrey Kitingan bukan sebahagian daripada pakatan kerajaan negeri Sabah buat masa ini, kata Timbalan Ketua Menteri Joachim Gunsalam (gambar), selepas Parti Solidariti Tanah Airku (Star) diketepikan daripada barisan kabinet yang diumumkan di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Joachim menjelaskan pendirian kerajaan apabila ditanya sama ada Star, yang memenangi dua kerusi dalam pilihan raya Sabah ke-17 yang baru sahaja selesai, akan menyertai pentadbiran baru.

“Buat masa ini, inilah kerajaan,” katanya, sambil menambah bahawa perbincangan dengan pihak Jeffrey masih berlangsung.


Kenyataan Joachim dibuat sejurus selepas anggota kabinet baru Ketua Menteri Hajiji Noor mengangkat sumpah, tetapi dia tidak menghadiri sidang media selepas majlis tersebut kerana masalah kesihatan, membiarkan Joachim membaca kenyataan yang disediakan bagi pihaknya.

Dalam kenyataan itu, Hajiji menyifatkan kabinet baru itu sebagai “pasukan yang kuat dan berkebolehan”, dengan mengatakan dia yakin setiap menteri mempunyai pengalaman untuk memimpin portfolio mereka dan melaksanakannya di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.

“Tanggungjawabnya sangat besar. Berkhidmatlah kepada setiap rakyat Sabah dengan dedikasi dan integriti,” menurut kenyataan itu.

Situasi ini menandakan perubahan ketara bagi Jeffrey, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri dan memimpin Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Dua wakil rakyat Star tidak ditawarkan jawatan dalam barisan baru, walaupun pintu rundingan masih terbuka.

Parti itu mengekalkan kerusi Tambunan dan Bingkor dalam PRN baru-baru ini.

Jeffrey meninggalkan GRS sebelum pilihan raya kerana perselisihan mengenai kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan.

Selepas pilihan raya, Jeffrey menjanjikan sokongan dua Adun parti itu kepada Hajiji, dengan menyatakan keperluan untuk kestabilan.

Sementara itu, BN mendapat tempat dalam blok pemerintah, dengan Jafry Ariffin dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, jawatan yang pernah disandang oleh Jeffrey sebelum beralih kepada portfolio pertanian.


Sepandai2 tupai katak melompat, will this be the day he didn't come out on top? Kek.

china_dude 02
post Yesterday, 08:40 PM

On my way
****
Senior Member
633 posts

Joined: Jan 2011
hold up, hajiji 2nd adminstration kena cakap like this


QUOTE
KOTA KINABALU, Dec 1 – The new state Cabinet announced by Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor reflects the composition of the federal unity government.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/202...included/200405

also if it model federal, then Warisan + PN oppo?
danielmckey
post Yesterday, 08:44 PM

Regular
******
Senior Member
1,049 posts

Joined: Jan 2008

Tu lah tak ikut cakap, buka GBS pulak sama SAPP.
pakmulau
post Yesterday, 09:05 PM

On my way
****
Junior Member
589 posts

Joined: Mar 2016
silap lompat sblm pilihanraya

mau demand pun teda guna sbb grs suda ada upko bn
ticke
post Yesterday, 10:43 PM

****E***y*u***i***@**
******
Senior Member
1,682 posts

Joined: Oct 2004
From: let there be rain
belum jadi katak sudah mati.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0124sec    0.61    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 2nd December 2025 - 06:38 PM