Persoalan utama yang timbul ialah mengapa sebuah portal kewangan antarabangsa berani menerbitkan dakwaan sebesar itu. Lazimnya, laporan bertaraf global tidak akan menyentuh tokoh politik tanpa asas tertentu. Lebih menghairankan, tiada tindakan undang-undang atau penafian rasmi yang dikeluarkan setakat ini, walaupun Mahathir selama ini sangat responsif apabila namanya dikaitkan dengan isu lebih kecil daripada ini.
Artikel tersebut turut menyebut nama bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, serta mendakwa kekayaan itu diurus melalui rangkaian proksi dan kepentingan dalam puluhan institusi kewangan luar negara. Sama ada benar atau tidak, ia menimbulkan satu imej yang tidak boleh dipandang ringan iaitu reputasi bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai individu yang dikaitkan dengan kekayaan luar biasa oleh pihak luar.
Ketika rakyat berdepan kos sara hidup yang meningkat, laporan seperti ini menimbulkan persoalan moral dan integriti. Reputasi seperti ini tidak muncul dalam seminggu atau setahun. Ia berpunca daripada corak pentadbiran dan legasi ekonomi era 22 tahun pemerintahan Mahathir yang sering dikritik sebagai memusatkan kekayaan kepada kelompok tertentu.
Akhirnya, isu ini bukan soal politik, tetapi soal ketelusan. Sekiranya laporan itu tidak tepat, tindakan undang-undang adalah saluran paling mudah untuk membersihkan nama. Namun selagi tiada penjelasan, selagi itu persoalan ini kekal tergantung dan rakyat berhak untuk bertanya.
Zack Rockstar

Dec 1 2025, 10:59 AM, updated 2h ago
Quote


0.0162sec
0.58
5 queries
GZIP Disabled