Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Japan rejects proposal for Muslim cemetery

views
     
Ewww!
post Yesterday, 09:12 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,033 posts

Joined: Jul 2016
From: Lol!




Omg! But I already booked 3 Japanese cars.

Time to boikot. Cancel 1, buy two enough nod.gif
thesnake
post Yesterday, 09:14 PM

On my way
****
Junior Member
613 posts

Joined: Jun 2011



good. i support.
JLA
post Yesterday, 09:18 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,776 posts

Joined: May 2008
“Politikus Jepun Tolak Usul Pembinaan Tanah Perkuburan Islam”

Oleh: Waqqas Zulfiquer

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan ucapan yang dibuat oleh seorang Ahli Dewan Kaunselor Jepun, Mizuho Umemura di parlimen. Menurut ucapannya yang tular, beliau berkata bahawa Jepun tidak memerlukan tambahan tanah perkuburan kerana amalan membakar mayat (cremation) adalah norma di sana.

Sebagai konteks, sebelum itu ahli-ahli parlimen Jepun telah mengusulkan pembinaan sebuah tanah perkuburan Islam di negara itu bagi menampung keperluan umat Islam di sana yang populasinya saban hari kian bertambah.

Menurut statistik, umat Islam yang menetap Jepun kini mencecah angka 350 ribu orang pada tahun 2024. Angka itu tampak kecil, tetapi jumlahnya bertambah dengan banyak dari setahun ke setahun yang lain. Hanya pada tahun 2019, umat Islam di sana baru berjumlah kurang 200 ribu orang, melonjak ke angka 350 ribu orang pada tahun lalu.

Namun, daripada jumlah 350 ribu orang itu, lebih daripada 90% daripadanya adalah dalam kalangan warga asing yang menetap di sana. Golongan warga asing ini terdiri daripada mereka yang bermastautin di sana untuk tujuan pekerjaan mahupun pengajian.

Maka, timbullah sentimen terhadap golongan ini. Sama seperti yang dikatakan oleh Umemura tadi. Antara intipati lain daripada ucapannya adalah sudut pandangnya terhadap adat resam masyarakat tempatan dan keperluan masyarakat Islam yang terdiri daripada majoriti warga asing.

Katanya;
“Amalan pembakaran mayat adalah adat resam orang Jepun.”

“Jika orang Islam perlu menanam jenazah mereka, mereka boleh hantarkannya pulang ke negara asalnya.”

Daripada ucapannya itu sahaja telah memberikan kita gambaran akan spektrum politiknya yang jelas berhaluan kanan, atau konservatif. Beliau sebolehnya mempertahankan adat resam masyarakatnya dan enggan tunduk kepada keperluan masyarakat asing.

Penolakan usul ini sebenarnya telah membangkitkan isu berkenaan pendirian para politikus Jepun terhadap keperluan masyarakat. Apakah Jepun sedang menuju ke arah pembinaan negara bangsa berhaluan kanan jauh?

Tetapi, dalam kita hendak membuat sebarang persepsi terhadap hal ini, kita perlu tetap adil dengan menimbang-tara fakta-fakta berkait dengan usul.

Sebagai pencerahan, usul ini adalah untuk membina tanah perkuburan Islam berpusat dan bersaiz besar, bermakna pengebumian jenazah umat Islam akan dilakukan di situ. Tambahan lagi, Jepun bukanlah tidak memiliki sebarang tanah perkuburan yang dikhususkan untuk umat Islam di sana.

Sebenarnya wujud banyak tanah-tanah perkuburan Islam di negara itu. Cuma ianya tidaklah berpusat dan hanya bersaiz kecil, cukup untuk keperluan pengebumian masyarakat Islam di Jepun yang jumlah populasinya amatlah kecil.

Maka, penolakan usul itu sebenarnya bukanlah satu pendirian yang bersifat rasis. Jika difikirkan secara rasional, tiada keperluan untuk pembinaan tanah perkuburan Islam yang besar pada ketika ini. Ditambah pula dengan kepadatan wilayah-wilayahnya yang lebih memerlukan tanah untuk digunakan buat kepentingan masyarakat.

Tidaklah dapat dinafikan, ucapan yang dihamburkan oleh Umemura itu keras kedengaran bunyinya. Tetapi, dalam konteks negara matahari terbit itu, adalah norma penguasanya untuk mempertahankan adat resam dan budaya masyarakat mereka. Hal ini pun sebenarnya telah ditunjukkan dalam sejarah.

Misalnya bagaimana puak Tokugawa telah membendung pengaruh asing ke dalam Jepun melalui dasar penutupan sempadan (sakoku), kononnya supaya rakyatnya tidak dipengaruhi oleh budaya asing yang dianggap gasar dan tidak bersesuaian dengan norma masyarakat.

Begitulah Jepun hendaknya. Hal sebegini sebenarnya terletak pada kita tentang bagaimana kita hendak menerima sesuatu berita itu.

Tajuk-tajuk utama berita pasti sahaja memaparkan yang kontroversi. Makanya kitalah yang bertanggungjawab untuk menapis maklumat yang menyinggah di sanubari akal yang sihat.

---
Jepun adalah negara yang sejarahnya sering diwarnai dengan konflik, kontroversi, isu dan masalah. Namun hal itu yang membuatkan budayanya adalah satu sejarah ketamadunan bangsanya unik.

Dapatkan KITAB TAMADUN JEPUN jika anda adalah seseorang yang meminati sejarah tamadun dan bangsa Asia Timur ini.

https://s.shopee.com.my/804ohwDQx7


https://www.facebook.com/thepatriotsstudio/
Khamzat Chimaev
post Yesterday, 09:44 PM

New Member
*
Junior Member
47 posts

Joined: Dec 2020
cremation is such a waste, all that energy radiate, gas emissions and require resources..natural burial is the best way, ur eye socket and body slowly decomposed from maggots and insects etc produce soil for plant matters, its like giveth ur body back to mother earth what was borrow..dont need a plot srsly, just tanam anywhere in the jungle..
Kelefeh
post Today, 01:57 AM

Getting Started
**
Junior Member
105 posts

Joined: Aug 2020
QUOTE(Khamzat Chimaev @ Dec 1 2025, 09:44 PM)
cremation is such a waste, all that energy radiate, gas emissions and require resources..natural burial is the best way, ur eye socket and body slowly decomposed from maggots and insects etc produce soil for plant matters, its like giveth ur body back to mother earth what was borrow..dont need a plot srsly, just tanam anywhere in the jungle..
*
you ada land sendiri you mau tanam 18 generation pun ok
land tu paling mahal punya resources in japan and many countries for eg singapore
OrientalGopi
post Today, 02:03 AM

New Member
*
Junior Member
20 posts

Joined: May 2022
Nothing wrong wit that
g5sim
post Today, 02:51 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
5,750 posts

Joined: Jan 2003
From: Sri Kembangan


QUOTE(skywardsword @ Dec 1 2025, 08:45 AM)
my youtube algorithm keep saying Japan have alot of cheap houses that no body wants...

so does Japan have extra space or not?
*
So buy house nbury in the house lah??
kamfoo
post Today, 03:33 AM

Enthusiast
*****
Junior Member
845 posts

Joined: Nov 2010


japan is very racist country

9 Pages « < 7 8 9Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0153sec    0.34    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 2nd December 2025 - 12:28 PM