Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

News Teen Brave Flood for SPM

views
     
TSkeybearer
post Nov 30 2025, 07:39 PM, updated 4w ago

Casual
***
Junior Member
409 posts

Joined: Nov 2009
From: Internet




https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/video-r...-nak-pergi-spm/

QUOTE
Redah banjir paras leher, tolak tong isi beg nak pergi SPM

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki berenang merentasi air banjir sambil menolak tong hitam yang dipercayai berisi beg sekolah tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman berdurasi kurang seminit itu, kelihatan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan beserta seorang lagi individu dipercayai bapanya terpaksa meredah air banjir yang dalam selepas jalan utama ke kawasan rumahnya terputus hubungan.


Di dalam video tersebut, paras air banjir begitu dalam sehingga hanya kelihatan dua kepala terumbang-ambing di permukaan air ketika mereka melangkah perlahan meredah arus.

Lokasi kejadian bagaimanapun tidak dinyatakan secara spesifik namun dipercayai berlaku di sekitar Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi hantaran dimuat naik @yusoffpelamindanwiring2 di akaun TikTok, dipercayai bapa kepada pelajar berkenaan, berkata itu adalah sebahagian ujian yang perlu ditempuh anak sulungnya bagi meneruskan perjalanan ke asrama sebelum menduduki peperiksaan penting itu.

“Air yang dalam terpaksa juga kami redah, jalan utama terputus, air banjir naik tiba-tiba. Semoga along berjaya dalam peperiksaan SPM tahun ini,” tulisnya.

Tambah lelaki itu, kejadian bukan berpunca daripada kecuaian pihak sekolah, sebaliknya situasi luar jangka apabila paras air meningkat dengan cepat.

“Bukan salah sekolah, saya nak hantar ke asrama, semalam air baru naik. Air naik cepat, tak sempat nak hantar dia balik asrama awal hari itu.

“Saya pun ada bot sendiri tapi tak boleh lalu ke sini, orang nak tolong bawa bot ke sini lagi lah susah. Tapi sekarang alhamdulillah air dah surut,” katanya membalas komen orang ramai.

Sementara itu, seorang remaja bernama Hazeeq Hazwan yang dipercayai merupakan pelajar di dalam video terbabit turut tampil meninggalkan komen bagi menjelaskan keadaan sebenar selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

“Terima kasih atas semua doa. Semoga doa ini menjadikan saya pelajar yang cemerlang. Untuk makluman juga pihak sekolah dah menyediakan bantuan tetapi video ini diambil semasa saya menuju ke asrama yang telah disediakan pihak sekolah.

“Kami sekeluarga memilih untuk hantar saya ke sekolah sendiri kerana banyak jalan yang dah terputus. Terima kasih kepada semua pihak termasuk sekolah kerana dah buat yang terbaik dalam membantu kami,” tulisnya.


Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata mendoakan urusan calon SPM itu dipermudahkan dan memberi peringatan tentang cabaran sebenar yang dihadapi pelajar di kawasan luar bandar setiap kali berlakunya bencana banjir.

“Ya Allah kau luluskanlah adik ini dengan kelulusan yang paling cemerlang. Jatuh air mataku.. Susahnya kamu dik menuntut ilmu.. semoga barakah ilmunya nanti,” komen Mohd.

“Saya doakan asbab kesusahan adik ini, dia dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Begitu cekalnya kamu nak pergi menuntut ilmu,” komen Sumayyah.

“Kehidupan di luar bandar macam inilah, bukan tak nak tunggu bantuan, tetapi memang dah biasa… setiap tahun mesti akan terjadi. Semoga urusan adik dipermudahkan,” komen Hashim pula. – KOSMO! ONLINE


thumbsup.gif
Nofusa
post Nov 30 2025, 07:42 PM

New Member
*
Junior Member
32 posts

Joined: Oct 2022

QUOTE(keybearer @ Nov 30 2025, 07:39 PM)
user posted image

This post has been edited by Nofusa: Dec 1 2025, 10:07 PM
Pain4UrsinZ
post Nov 30 2025, 07:43 PM

Regular
******
Senior Member
1,862 posts

Joined: Dec 2008
From: In The HELL FIRE



redah banjir dapat inspirasi karangan
Acher13
post Nov 30 2025, 07:47 PM

Getting Started
**
Junior Member
182 posts

Joined: Apr 2007
who took the video?
Yolo Swag
post Nov 30 2025, 08:01 PM

New Member
*
Junior Member
19 posts

Joined: May 2015

tabung palestine lagi penting!!!

owai
failed.hashcheck
post Nov 30 2025, 08:20 PM

Neighborhood plant pathologist
*******
Senior Member
2,096 posts

Joined: Aug 2009
From: Shithole Klang
Your grandpa going to school story be like

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0142sec    1.41    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 10:58 PM