Bertindak atas maklumat dan risikan pasukan Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bersama Pasukan Operasi Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyerbu premis yang beroperasi di tingkat satu dan dua bangunan kedai tiga tingkat itu kira-kira jam 7 malam.
Ketika serbuan, beberapa pengunjung di tingkat dua premis itu didapati sedang melakukan aktiviti sauna dengan hanya berseluar dalam.
Dalam serbuan itu, polis menahan 11 pengunjung berusia antara 19 hingga 66 tahun yang terdiri daripada lelaki tempatan serta dua warga asing masing-masing dari Thailand dan China.
Turut ditahan dua penjaga premis warga tempatan.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa mendapati premis berkenaan dilengkapi dengan ruang rehat, sauna dan beberapa bilik berpartisyen yang dipercayai digunakan untuk aktiviti hubungan sejenis.
Turut ditemui kondom, minyak pelincir serta beberapa peralatan berkaitan aktiviti songsang itu.
Difahamkan pusat sauna itu sudah beroperasi selama lima tahun, namun kegiatan menarik kehadiran pelanggan songsang hanya bermula sejak dua bulan lalu dengan mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan.
Selain itu, premis berkenaan turut memaparkan gambar panduan pemakaian gelang tangan dan gelang kaki yang berfungsi sebagai kod komunikasi dalam kalangan pengunjung untuk mengenal pasti kecenderungan pasangan.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinag, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan tangkapan.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.





Nov 30 2025, 04:55 PM, updated 4w ago
Quote



0.0251sec
0.99
5 queries
GZIP Disabled