Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Albert Tei: Lawan tetap Lawan🫢🤣

views
     
TSMedusakia
post Nov 28 2025, 03:52 PM, updated 4w ago

Getting Started
**
Junior Member
162 posts

Joined: Mar 2020
SPRM pagi ini menahan ahli perniagaan Albert Tei selepas pegawai suruhanjaya itu menyerbu kediamannya di Puchong, Selangor.

Berdasarkan rakaman video pendek yang diberikan kepada Malaysiakini, sekumpulan pegawai SPRM lengkap dengan peralatan taktikal — termasuk jaket kalis peluru dan penutup muka — telah mengenakan gari kepada Tei sebelum mengiringnya ke dalam sebuah kenderaan hitam tanpa nombor plat.

Peguamnya, Zaid Malek, yang merakam video itu kedengaran bertanya berulang kali kepada pegawai berkenaan mengenai ke mana Tei dibawa dan meminta bercakap dengan pegawai yang bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan.

Tei - yang merupakan individu utama dalam pelbagai dakwaan rasuah terhadap ahli politik terkenal Sabah - dilihat mengangkat tangan ke arah kamera beberapa kali sambil melaungkan "lawan tetap lawan" sebelum dimasukkan ke kereta.

Sebelum ini, seorang lagi peguam yang mewakili Tei, Mahajoth Singh, dalam satu kenyataan berkata pegawai SPRM menggunakan waran untuk menyerbu kediaman ahli perniagaan itu.

Peguam itu menyifatkan serbuan tersebut sebagai pencerobohan haram kerana tarikh untuk merakam kenyataan Tei telah ditetapkan pada hari Isnin.

“Adakah ini cara seorang pemberi maklumat rasuah dilayan? Mengapa masuk ke rumahnya sedangkan dialah yang memberikan maklumat itu?” soal Mahajoth.

Dia berkata pegawai SPRM juga mahu membawa Tei ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
ADS

“Tindakan penguatkuasaan secara tiba-tiba ini memperolokkan kenyataan perdana menteri bahawa kerajaan ini menegakkan integriti dan proses yang betul.

“Institusi yang beroperasi dengan integriti tidak akan menyerang pemberi maklumat atau pengadu, bercanggah dengan jadual mereka sendiri, atau bertindak seolah-olah mereka takut terhadap ketelusan.

“Malaysia kini nampaknya menjadi satu-satunya negara di mana individu yang mendedahkan dakwaan rasuah peringkat tinggi yang diserbu, dibawa pergi, dan diugut dengan tindakan undang-undang.

“Penggunaan kuasa negara secara songsang ini bukan sahaja membimbangkan; ia merupakan serangan langsung terhadap pemberi maklumat dan hak orang awam untuk mengetahui,” tambah peguam itu.

user posted image
khaimitoban
post Nov 28 2025, 03:57 PM

New Member
*
Newbie
6 posts

Joined: Apr 2009


Was it related to the coming election?
FlamingFox
post Nov 28 2025, 03:58 PM

o(@_@)o
******
Senior Member
1,344 posts

Joined: Oct 2005


Pemberi maklumat rasuah, is he also pemberi rasuah?
g5sim
post Nov 28 2025, 04:18 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
5,757 posts

Joined: Jan 2003
From: Sri Kembangan


QUOTE(FlamingFox @ Nov 28 2025, 03:58 PM)
Pemberi maklumat rasuah, is he also pemberi rasuah?
*
Pberi rasuah yg meroyan sebab dah bayar tak dapat habuan.
Not just pemberi rasuah. If he got hishabuan. This outburst would like never happen
giftfre
post Nov 28 2025, 04:23 PM

Control Macho
****
Junior Member
688 posts

Joined: Jul 2010



Nak lawan dgn apa. Masa memilih Ketua Hakim Negara, Hakim Malaya, Public Prosecutor tu jam tak lawan?
Sekarang semua org dia. Pundek betoi. Kalah pun nak lawan.
p4n6
post Nov 28 2025, 04:24 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
5,975 posts

Joined: Jan 2003
From: KL, Malaysia
Check window check window …
zerorating
post Nov 28 2025, 04:29 PM

Miskin Adab
*****
Senior Member
977 posts

Joined: Aug 2007
From: Lokap Polis


pemberi rasuah nak lawan apa?
SUSipohps3
post Nov 28 2025, 04:31 PM

Regular
******
Senior Member
1,974 posts

Joined: Dec 2011



QUOTE(zerorating @ Nov 28 2025, 04:29 PM)
pemberi rasuah nak lawan apa?
*
Szzz
post Nov 28 2025, 04:31 PM

Getting Started
**
Junior Member
120 posts

Joined: Dec 2006
many madani dogs here kek
zamans98
post Nov 28 2025, 05:00 PM

oquıɐɹ ǝɥ ɹǝo 'ǝɹǝɥǝɯos
*******
Senior Member
8,510 posts

Joined: Dec 2004
From: KayEL


QUOTE(FlamingFox @ Nov 28 2025, 03:58 PM)
Pemberi maklumat rasuah, is he also pemberi rasuah?
*
Yes, he gave bribes too

Ain't saint. His old case... Go check
TSMedusakia
post Nov 28 2025, 08:58 PM

Getting Started
**
Junior Member
162 posts

Joined: Mar 2020
QUOTE(Szzz @ Nov 28 2025, 04:31 PM)
many madani dogs here kek
*
takkan stating the facts jadi dog pulak🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
smsid
post Nov 28 2025, 09:10 PM

Getting Started
**
Junior Member
118 posts

Joined: Nov 2008
QUOTE(FlamingFox @ Nov 28 2025, 03:58 PM)
Pemberi maklumat rasuah, is he also pemberi rasuah?
*
QUOTE(g5sim @ Nov 28 2025, 04:18 PM)
Pberi rasuah yg meroyan sebab dah bayar tak dapat habuan.
Not just pemberi rasuah. If he got hishabuan. This outburst would like never happen
*
The best part, he basically already monopolizes the majority of mining rights in Sabah, greedy guy.

He has been making scene since early this year, but suddenly he intensifies it when election day is near.

QUOTE(smsid @ May 7 2025, 08:37 AM)
Hebat scammers sekarang, cepat keluarkan victim card and want to get protection from prosecution by revealing politicians they bribe.

Blackmail operation fail, now trying victim operation.

QUOTE
Albert Tei didakwa monopoli mineral Sabah, punyai 13 lesen

PUTRAJAYA – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendedahkan pemberi maklumat, Datuk Albert Tei didakwa cuba memonopoli industri cari gali mineral Sabah apabila beliau kini memiliki 13 lesen penerokaan hasil bumi itu.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, lebih menghairankan bagaimana Albert boleh memiliki 13 lesen penerokaan cari gali mineral atas nama seorang individu sedangkan hanya satu atau dua lesen sahaja boleh diluluskan.

“Maklumat yang kita terima, Albert telah melakukan salah guna kuasa dan istilah jahat orang-orang di luar sana sebut sebagai penyangak.

“Albert cuba memohon sebanyak 25 lesen cari gali mineral, dia nak monopoli semua lesen mineral di Sabah, di mana 13 lesen daripadanya telah diluluskan.

13 lesen itu juga hasil daripada pemalsuan dokumen yang ada dengan kami dan kami tak nak komen sebab saya tengok Albert pun ada masuk dalam dipanggil SPRM hari ini,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.


https://malaysiagazette.com/2025/03/13/albe...unyai-13-lesen/
*
TSMedusakia
post Nov 29 2025, 09:14 AM

Getting Started
**
Junior Member
162 posts

Joined: Mar 2020
[quote=smsid,Nov 28 2025, 09:10 PM]
The best part, he basically already monopolizes the majority of mining rights in Sabah, greedy guy.

He has been making scene since early this year, but suddenly he intensifies it when election day is near.
https://malaysiagazette.com/2025/03/13/albe...unyai-13-lesen/
*

[/quote]
*

[/quote]

Kalau x scam bkn albert Tei namanya. Ingat scam org lain tiba2 diri sendiri kena scammed🫢😁🤣

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0130sec    0.25    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 25th December 2025 - 02:00 AM