Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 PMX pertimbang gaji minimum, lebih RM 1700

views
     
TSK.I.T.T
post Nov 28 2025, 01:03 AM, updated 4d ago

On my way
****
Junior Member
672 posts

Joined: Sep 2008
user posted image

KOTA KINABALU: Kerajaan bersedia mempertimbangkan kenaikan gaji minimum melebihi RM1,700, sekiranya prestasi ekonomi negara terus berkembang kukuh dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat, gaji minimum RM1,700 yang dinikmati pekerja pada masa ini, masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

“Dulu sebelum kami mengambil alih kerajaan, gaji minimum ialah RM1,200. Kemudian dinaikkan kepada RM1,500.

“Tahun lalu, kami naikkan lagi kepada RM1,700. Apakah itu mencukupi? Saya tidak percaya itu cukup. Sebaik sahaja ekonomi kita kukuh, saya akan naikkan gaji minimum,” katanya semasa Program Townhall PMX Bersama Anak Muda Inanam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan seorang pelajar, yang menyatakan gaji minimum di Sabah masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Anwar turut memberi contoh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menetapkan gaji minimum lebih tinggi, bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga.

“Kalau kita mempunyai kuasa penuh di syarikat kerajaan, gaji minimum ditetapkan RM3,100. Itu standard yang kita mahukan,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan sebelum ini juga telah menaikkan gaji kakitangan sektor awam sehingga 30 peratus, bagi menangani kos sara hidup yang meningkat.

Anwar turut memaklumkan terdapat beberapa sektor di Sabah yang diberi pengecualian daripada pelaksanaan kenaikan gaji minimum.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan bersedia mengadakan perbincangan semula, bagi memastikan pekerja di Sabah tidak tercicir daripada kenaikan gaji minimum.

“Kalau di Sabah ada beberapa tempat yang diberi pengecualian, tetapi saya bersetuju dengan anda, kita harus terus berunding untuk menaikkan gaji minimum termasuk di Sabah,” tambahnya.
TSK.I.T.T
post Nov 28 2025, 06:07 PM

On my way
****
Junior Member
672 posts

Joined: Sep 2008
QUOTE(whphon @ Nov 28 2025, 09:24 AM)
ini untuk kerajaan atau standard semua company di malaysia?
*
semua. tak kira U kilang atau U Warung tepi jalan
TSK.I.T.T
post Nov 28 2025, 06:08 PM

On my way
****
Junior Member
672 posts

Joined: Sep 2008
QUOTE(EncikSejati @ Nov 28 2025, 06:53 AM)
nowadays study just like investment . it might not worth for now ,but in near future might be  mega_shok.gif
*
Malaysia punya study only for WORKING and DEBT sampai MATI
TSK.I.T.T
post Nov 28 2025, 06:09 PM

On my way
****
Junior Member
672 posts

Joined: Sep 2008
QUOTE(supermoto @ Nov 28 2025, 02:49 AM)
pertimbangkan menurunkan kos makanan .bahan mentah
*
instead of enforcement di sempadan. . peniaga kena tekan
TSK.I.T.T
post Nov 29 2025, 11:40 PM

On my way
****
Junior Member
672 posts

Joined: Sep 2008
QUOTE(iGamer @ Nov 28 2025, 06:11 PM)
End of the days all cost hike will be shifted to consumers. Pity businesses? Better pity the normal Joes.
*
kesian Perlis & Melaka

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0151sec    0.30    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 3rd December 2025 - 12:50 AM