their cars how? tinggal sana?
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan ada antara rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada banjir di Selatan Thailand terpaksa dibawa menggunakan kontena ke sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah.
Beliau berkata, ia berikutan kawasan yang terjejas banjir di negara jiran itu masih tidak boleh dilalui kenderaan ringan, bas atau lori sekalipun.
Mohamad berkata, banyak kontena yang digunakan bagi tujuan itu kerana jalan dari Sadao ke Bukit Kayu Hitam terjejas teruk akibat banjir.
"Jangan kalau ada yang mengadu nanti, minta maaf nak beritahu, kita gunakan kontena (untuk pindahkan mangsa banjir di Hatyai) kerana lori dan bas tidak boleh lalu.
"Kita gunakan kontena, duduk ramai-ramai macam pemerdagangan manusialah agaknya, dibawa sampai ke Bukit Kayu Hitam," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) sama ada kerajaan merancang menyelamatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas, khususnya di Hatyai hari ini dan langkah pencegahan bagi mengelakkan situasi sama berulang.
Mohamad berkata, usaha terus dilakukan untuk menyelamatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas, termasuk semalam dan hari ini selepas hujan mula reda.
"Kita hantar beberapa bot bantuan daripada pihak berkuasa Thailand untuk selamatkan rakyat di tiga hotel, termasuk pelajar dan pensyarah universiti yang terperangkap.
"(Sebelum ini) mereka tidak boleh diselamatkan menaiki bot kerana arus deras dan hotel ini berhampiran sungai," katanya.
Pada masa sama, Mohamad turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke Selatan Thailand supaya menangguhkan hasrat itu kerana kemungkinan risiko terperangkap dalam banjir.sos
Chat naik lori kontena balik BKH
Nov 27 2025, 04:07 PM, updated 4w ago
Quote
0.0128sec
0.92
5 queries
GZIP Disabled