Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 K'jaan dulu lulus, k'jaan sekarang boleh batalkan, (Ini dari calon PM PUAS..... hahaha)

views
     
TSZeroSOFInfinity
post Sep 13 2025, 11:10 PM, updated 3 months ago

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
3,703 posts

Joined: Oct 2005


MUKTAMAR PAS | Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan sekarang boleh saja melakukan sesuatu berhubung pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, walaupun isu tersebut bermula ketika pentadbiran sebelumnya.

Tuan Ibrahim berkata, isu yang sedang hangat diperkatakan itu bukanlah perkara baru, sebaliknya telah lama berlaku.

"Ini isu lama yang bukan baru-baru berlaku... isu lama yang kita perlu tengok balik.

"Kerajaan sebelum ini, kalaupun dia luluskan, kerajaan yang sekarang ada kuasa batal...kalau kita tak setuju dengan perkara sebelum ini, kita boleh perbetulkan," katanya ketika diminta mengulas berhubung pengambilan tanah di situ yang bermula ketika pentadbiran PN pada 2021.

Dia berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) di Dewan Gandhi di Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Sebelum ini, peguam yang mewakili sejumlah penduduk yang tidak bersetuju dengan pengambilan tanah itu, N Surendran menggesa operasi pengosongan ditangguhkan sementara bagi membolehkan penduduk berbincang dengan wakil kerajaan.

Surendran juga mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang menurutnya cuba melepaskan kerajaan daripada tanggungjawab daripada proses itu.


"Bukan mahkamah yang merampas secara paksa harta penduduk terlibat. Kerajaan yang melakukannya.

ADS
"Mahkamah tidak mempunyai pilihan setelah kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 2021 demi kepentingan pemaju,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga menteri Alam Sekitar dan Air pada 2021 berkata apa yang lebih penting ialah nasib penduduk yang sedang merayu di mahkamah.

"Mereka (penduduk) buat rayuan ke mahkamah, kenapa pemaju dan kerajaan tak boleh tunggu keputusan rayuan.

"Sekarang mereka tengah merayu di Mahkamah Rayuan, tiba-tiba rumah mereka dirobohkan…bagaimana kalau mahkamah menerima rayuan mereka, rumah sudah habis (dirobohkan).

“Itu permintaan mereka. Kita pun bangkitkan isu ini dalam konteks hak perundangan yang masih ada bagi penduduk,” katanya lagi.

Rayuan penduduk dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Oktober.
TSZeroSOFInfinity
post Sep 13 2025, 11:33 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
3,703 posts

Joined: Oct 2005


QUOTE(B0ss_ku @ Sep 13 2025, 11:29 PM)
In a way

I agree with that

Let's say "bad" government approved XYZ project that profit it's cronies.

When new "good" government takes over, they should have the power to cancel it.

Not saying Madani is good government, far from it.
*
And who pays for it again?

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0145sec    0.57    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 11:53 PM