Even if past govt approved, current leadership can cancel
PAS MUKTAMAR | PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man said the current government has the power to act on the land acquisition in Kampung Sungai Baru, even though the issue originated during the previous administration.
Tuan Ibrahim noted that the much-discussed matter is not new but has been ongoing for some time.
MUKTAMAR PAS | Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan sekarang boleh saja melakukan sesuatu berhubung pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, walaupun isu tersebut bermula ketika pentadbiran sebelumnya.
Tuan Ibrahim berkata, isu yang sedang hangat diperkatakan itu bukanlah perkara baru, sebaliknya telah lama berlaku.
"Ini isu lama yang bukan baru-baru berlaku... isu lama yang kita perlu tengok balik.
"Kerajaan sebelum ini, kalaupun dia luluskan, kerajaan yang sekarang ada kuasa batal...kalau kita tak setuju dengan perkara sebelum ini, kita boleh perbetulkan," katanya ketika diminta mengulas berhubung pengambilan tanah di situ yang bermula ketika pentadbiran PN pada 2021.
Dia berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) di Dewan Gandhi di Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Sebelum ini, peguam yang mewakili sejumlah penduduk yang tidak bersetuju dengan pengambilan tanah itu, N Surendran menggesa operasi pengosongan ditangguhkan sementara bagi membolehkan penduduk berbincang dengan wakil kerajaan.
Surendran juga mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang menurutnya cuba melepaskan kerajaan daripada tanggungjawab daripada proses itu.
https://m.malaysiakini.com/news/755128
PAS : Current leadership can cancel
Sep 13 2025, 07:44 PM, updated 3 months ago
Quote
0.0155sec
0.35
5 queries
GZIP Disabled