Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Terengganu negeri paling bahagia di Malaysia

views
     
Mustadio
post Sep 14 2025, 02:58 AM

New Member
*
Junior Member
10 posts

Joined: Dec 2008



No wonder la happy... Tganu gomen sponsor wedding..

Kerajaan Terengganu teruskan program kahwin percuma untuk B40

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan meneruskan program perkahwinan percuma terutama membabitkan pasangan bawah B40 dan tersenarai dalam e-Kasih.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk melaksanakan program perkahwinan percuma tahun ini.

"Program perkahwinan percuma yang mula diperkenalkan kerajaan negeri bagi menjimatkan kos termasuk jamuan kenduri, pelamin dan pakaian pengantin sejak tahun 2018 akan diteruskan.

"Pada tahun ini, seramai 192 pasangan di seluruh negeri dipilih untuk mengikuti program perkahwinan percuma termasuk tidak mengenakan sebarang bayaran kos akad nikah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Resepsi Walimatulurus Perdana Peringkat negeri 2025 di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negara negeri, Maliaman Kassim dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Ahmad Faris Abdul Razak.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerima sebanyak 225 permohonan sejak diiklankan kepada umum pada Mac lalu.

Katanya, pasangan yang terpilih turut disediakan pakaian untuk majlis akad nikah dan persandingan serta perbelanjaan dokumen pernikahan secara percuma.

"Program Walimatulurus Perdana diadakan secara serentak di lapan kawasan parlimen hari ini," katanya.

Ahmad Samsuri berkata, program perkahwinan percuma adalah inisiatif kerajaan bagi membantu pasangan muda meringankan bebanan keluarga untuk mendirikan rumah tangga, termasuk mengadakan jamuan perkahwinan.

Disiarkan pada: September 13, 2025 @ 5:06pm

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com...rcuma-untuk-b40

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0143sec    0.68    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 02:16 PM