Kad prabayar wajib daftar melalui MyDigital ID menjelang akhir tahun
QUOTE
PUTRAJAYA: Semua kad SIM prabayar bakal diwajibkan didaftar menggunakan MyDigital ID menjelang akhir tahun ini.
Langkah itu bertujuan untuk memperketatkan proses pengesahan usia pengguna dalam menjamin aspek keselamatan, termasuk bagi pengguna media sosial terjamin.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pendaftaran nombor telefon prabayar itu antara cara untuk menutup sebarang lompang daripada segi keselamatan.
Katanya, pada mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) semalam, aspek pendaftaran kad SIM itu ada dibincangkan dan syarikat telekomunikasi akan diarah untuk memastikan proses pendaftaran kad prabayar berkenaan.
"Ini akan juga menggunapakai pendaftaran menggunakan My Digital ID. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan susuli dengan maklumat yang lebih terperinci.
"Ia hasil daripada keputusan mesyuarat MED4IR semalam, dijangkakan menjelang hujung tahun, mungkin dalam bulan November ataupun Disember.
"Jadi pendaftaran itu menggunakan My Digital ID, maka ada beberapa aspek keselamatan yang akan lebih baik," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media tempatan semalam mengenai cadangan kerajaan untuk memperketatkan pengesahan usia dalam platform media sosial seperti TikTok berkemungkinan gagal melainkan kelemahan pendaftaran kad SIM dan sistem identiti digital ditangani terlebih dahulu.
Laporan akhbar itu memetik Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil sebagai berkata, walaupun wujud kebimbangan mengenai ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak masalah utama sebenarnya bermula melalui kad SIM yang mudah didapati.
Fahmi berkata, ketika ini seseorang pengguna boleh mendaftarkan namanya untuk lima kad SIM bagi satu syarikat telekomunikasi pada satu-satu masa.
Justeru, katanya, ia menimbulkan kebimbangan membabitkan aspek keselamatan.
This post has been edited by croydon: Sep 10 2025, 07:14 PMLangkah itu bertujuan untuk memperketatkan proses pengesahan usia pengguna dalam menjamin aspek keselamatan, termasuk bagi pengguna media sosial terjamin.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pendaftaran nombor telefon prabayar itu antara cara untuk menutup sebarang lompang daripada segi keselamatan.
Katanya, pada mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) semalam, aspek pendaftaran kad SIM itu ada dibincangkan dan syarikat telekomunikasi akan diarah untuk memastikan proses pendaftaran kad prabayar berkenaan.
"Ini akan juga menggunapakai pendaftaran menggunakan My Digital ID. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan susuli dengan maklumat yang lebih terperinci.
"Ia hasil daripada keputusan mesyuarat MED4IR semalam, dijangkakan menjelang hujung tahun, mungkin dalam bulan November ataupun Disember.
"Jadi pendaftaran itu menggunakan My Digital ID, maka ada beberapa aspek keselamatan yang akan lebih baik," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media tempatan semalam mengenai cadangan kerajaan untuk memperketatkan pengesahan usia dalam platform media sosial seperti TikTok berkemungkinan gagal melainkan kelemahan pendaftaran kad SIM dan sistem identiti digital ditangani terlebih dahulu.
Laporan akhbar itu memetik Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil sebagai berkata, walaupun wujud kebimbangan mengenai ancaman dalam talian terhadap kanak-kanak masalah utama sebenarnya bermula melalui kad SIM yang mudah didapati.
Fahmi berkata, ketika ini seseorang pengguna boleh mendaftarkan namanya untuk lima kad SIM bagi satu syarikat telekomunikasi pada satu-satu masa.
Justeru, katanya, ia menimbulkan kebimbangan membabitkan aspek keselamatan.
Sep 10 2025, 06:58 PM, updated 3 months ago
Quote
0.0163sec
0.36
5 queries
GZIP Disabled