
Pasukan Uruguay memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang Uzbekistan dan Republic Dominica.
Aksi menentang Uzbekistan disahkan oleh badan bola sepak negara itu menerusi pengumuman di laman media sosial.
“Pasukan kebangsaan, yang membuat persiapan untuk Piala Dunia, akan bermain perlawanan persahabatan menentang Uruguay pada Oktober.
“Perlawanan itu akan berlangsung di Malaysia,” tulis FA Uzbekistan.
Selain itu, skuad bimbingan Marcelo Bielsa turut berdepan satu lagi pasukan iaitu Republic Dominica.
Menurut laporan NST, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum mengesahkan secara rasmi perlawanan itu kerana dipercayai masih dalam peringkat perbincangan.
Setiausaha Agung Badan itu, Datuk Noor Azman Rahman berkata mereka menyedarinya.
“Kami menerima permintaan daripada penganjur acara tetapi, kami masih membincangkannya,” kata Azman.
Sep 7 2025, 07:10 PM, updated 3 months ago
Quote

0.0415sec
0.41
5 queries
GZIP Disabled