Kerajaan lulus tambahan 500 belia India sertai TVET di China
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penambahan 500 peserta dalam kalangan belia India untuk mengikuti latihan teknikal dan vokasional (TVET) di institusi ternama di China, tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat susulan permintaan dikemukakan serta kejayaan peserta terdahulu di bawah program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT).
“Oleh kerana ada permohonan tambahan 500 peserta, saya dengan ini meluluskan jumlah itu, bukan tahun hadapan, tetapi tahun ini juga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi dan Pelepasan Peserta Program MCYTT-MITRA, di sini, hari ini.
Katanya, pencapaian peserta sebelum ini turut membuka peluang lebih besar apabila dua institusi pengajian tinggi di China menawarkan biasiswa penuh kepada peserta MCYTT yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Antaranya Taizhou Vocational College of Science & Technology menawarkan 25 tempat dalam bidang Teknologi Logistik, manakala Tangshan Polytechnic University menyediakan 20 tempat dalam bidang Electrical Automation Technology.
Namun, bagi kelayakan ke Tangshan Polytechnic University, pelajar perlu menduduki ujian Bahasa Mandarin, Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK), sekurang-kurangnya pada Tahap 3.
Beliau berkata pengiktirafan institusi pendidikan di China itu membuktikan program MCYTT bukan sekadar latihan jangka pendek, sebaliknya mengiktiraf potensi tinggi belia India sebagai pelajar antarabangsa.
Terdahulu, sebanyak 5,125 kuota daripada ratusan institusi TVET di negara China
dikhususkan kepada pelajar Malaysia.
Seramai 147 peserta akan berangkat ke China sepanjang bulan September ini, manakala 178 peserta lagi akan menyusul pada Oktober dan November.
Link: https://www.buletintv3.my/nasional/kerajaan...-tvet-di-china/
News Kerajaan lulus tambahan 500 belia India sertai TVE
Sep 5 2025, 09:43 AM, updated 3 months ago
Quote
0.0139sec
0.84
5 queries
GZIP Disabled