QUOTE(oM41GoD_ @ Sep 5 2025, 08:55 AM)
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
https://www.sinarharian.com.my/article/7466...6-rekod-jenayah
PORT DICKSON – Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang maut selepas kereta dinaiki terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas di sini pada Khamis kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ibu bapa mangsa yang berusia 46 dan 41 tahun ditahan selepas memberi keterangan meragukan berhubung kejadian tersebut.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ujian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun pemeriksaan terhadap kereta yang digunakan mendedahkan ia merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman.
Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Husairin Che Hussin di talian 012-965 4927.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, kereta berkenaan diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan sebelum ia menggelongsor masuk ke dalam air. Difahamkan, bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok ketika kejadian berlaku.
Dua beradik itu dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas, manakala ibu mereka yang turut berada dalam kereta sempat diselamatkan oleh orang awam.

Sep 5 2025, 04:35 PM

Quote
0.0129sec
0.43
6 queries
GZIP Disabled