Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menegaskan bahawa masyarakat Cina dan India hari ini semakin matang dalam menilai politik malah tidak lagi terpengaruh dengan persepsi negatif terhadap Pas.
Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berhubung tawaran Pas kepada MCA dan MIC baru-baru ini.
“Masyarakat Cina dan India kini lebih jelas mengenali Pas dan kepimpinan parti. Mereka tidak lagi terpengaruh dengan momokan pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan label yang tidak tepat.
“Buktinya, DHPP sendiri menerima sokongan yang semakin meningkat daripada masyarakat bukan Islam di seluruh negara. Mereka menilai Pas berdasarkan integriti serta rekod bersih kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.
Balasubramaniam menegaskan, sehingga kini, tiada seorang pun pemimpin utama Pas dituduh atau ditangkap kerana rasuah malah Ahli Parlimen parti itu juga tidak pernah melompat parti demi kepentingan jawatan.
“Inilah antara faktor utama mengapa masyarakat Cina dan India memilih untuk bersama dan menyokong Pas kerana mereka melihat kejujuran, keteguhan prinsip dan istiqamah Pas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” ujar beliau.
Menurutnya lagi, masyarakat Cina dan India melihat Pas menawarkan politik berteraskan amanah, keadilan sosial, serta kepedulian terhadap kebajikan sejagat bukan hanya soal agama.
Balasubramaniam turut menolak persepsi lama bahawa masyarakat bukan Islam menolak Pas.
“Hari ini, ramai masyarakat Cina dan India sudah menerima Pas kerana integriti, kestabilan politik serta kepimpinan konsisten yang memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.
Beliau yakin dengan kerjasama Perikatan Nasional, Pas akan terus menjadi wadah penyatuan dan pilihan terbaik rakyat Malaysia yang mendambakan kerajaan bersih, adil dan berintegriti. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2025/09/02/soko...2KygputrvmLkxvw
Sokongan Cina, India kepada Pas semakin kukuh
Sep 2 2025, 10:06 PM, updated 4 months ago
Quote




0.0174sec
0.99
5 queries
GZIP Disabled