Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Aplikasi eCOSS pantau penjualan minyak masak, bersubsidi

views
     
TSJLA
post Aug 11 2025, 05:49 PM, updated 4 months ago

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,771 posts

Joined: May 2008
user posted image
Ting Han melancarkan aplikasi eCOSS di Pasaraya Maslee B5, Johor Bahru, Selatan hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan penjualan minyak masak paket bersubsidi menerusi aplikasi mobil sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) di 29 lokasi ‘Point of Sales’ (POS) di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, palancaran itu di bawah fasa kedua Program Agihan Minyak Masak Bersubsidi.

Jelasnya, Johor merupakan negeri pertama menggunakan aplikasi eCOSS di peringkat pengguna yang berfungsi merekodkan semua transaksi jualan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg).

“Rekod ini bermula daripada pengilang, pembungkus, pemborong, peruncit sehingga pembelian oleh pengguna.

“Program rintis aplikasi eCOSS di negeri Johor sebelum ini telah dimulakan di peringkat Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) dan kini diperluaskan ke peringkat pasar raya yang terlibat sebagai POS dalam program Agihan Minyak Masak Bersubsidi di negeri Johor.

“Pelaksanaan aplikasi ini akan memperkukuh pemantauan rantaian bekalan minyak masak bersubsidi, dari proses pengedaran sehingga ke pengguna akhir dengan pembelian terhad kepada tiga paket setiap transaksi.

“Ini sekali gus mengurangkan ketirisan dan memastikan bekalan itu sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan pelancaran aplikasi eCOSS di Pasaraya Maslee B5, di sini, hari ini.

Katanya, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aplikasi mobil eCOSS, KPDN Johor akan menempatkan pegawai di kaunter jualan di semua 29 pasar raya yang terlibat selama lima hari bermula 11 hingga 15 Ogos ini.

Pegawai yang bertugas ujarnya, akan membantu proses pendaftaran dan penggunaan aplikasi eCOSS serta melaksanakan sesi ‘Training of Trainers’ (TOT) kepada pengguna dan pihak pasar raya yang terlibat.

Menurut Ting Han, kerajaan Persekutuan memperuntukkan 3.3 juta paket minyak masak bersubsidi dalam tempoh sebulan untuk negeri ini, dengan setiap paket sebanyak RM5 adalah subsidi daripada kerajaan.

Katanya, menerusi sistem itu bekalan minyak masak bersubsidi akan dibekalkan secara berkala oleh 19 syarikat pembungkus dan pemborong bagi memastikan ketersediaan dan capaian berterusan di peringkat daerah, khususnya untuk kegunaan isi rumah B40.

“Aplikasi ini akan mengukuhkan lagi pemantauan rantaian bekalan penjaja pasaran bersubsidi dan proses pengagihan sehinggalah ke pengguna akhir.

“Jumlah bekalan 3.3 juta paket minyak masak bersubsidi itu sepatutnya mencukupi, tetapi kami mendapat maklum balas sebelum ini daripada rakyat adakala bekalan itu tidak cukup di kawasan dan tempat penjualan.

“Maka kita harap dengan adanya sistem aplikasi eCOSS dengan pelaksanaan yang lancar, ianya akan dikembangkan ke tempat-tempat lain selepas ini,” katanya.

Aplikasi eCOSS boleh dimuat turun di telefon pintar menerusi Google Play atau App Store. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2025/08/11/lanc...elak-ketirisan/
TSJLA
post Aug 11 2025, 05:52 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,771 posts

Joined: May 2008



 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0148sec    0.43    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 27th November 2025 - 08:12 PM